Sabtu, Ogos 06, 2016

Semarak

Masih bersemarak puspa asmara
dan wangiannya di mana-mana
dalam sederhana segalanya
kita melangkah bersama-sama
melewati usia.

Kini musim bertaut lagi
waktu tidak mengurangkan seri
sama-sama melengkapi hati
sama-sama menyelami budi
yang lebih dikongsi
yang kurang dimaafi.

Puspa di halaman ini biarkan segar
dan simpulan di hati kekal tegar
menyisih semua riak dan gegar
ikatan kasih tidakkan longgar.

Selamat ulang tahun untuk kita
semoga bahagia terus bertakhta
masih ceria berkongsi cerita
redha-Nya jua selamanya dipinta.

Ghazali Lateh
©Hak cipta terpelihara
3 Ogos 2016

Travelog Jogjakarta 2026

Saya melancong ke Jogjakarta pada 11 Februari hingga 14 Februari.   Kunjungan ini merupakan kali kedua selepas 14 tahun.   Saya tiba di Kulo...