Lot tanah ini saya beli tahun lalu di Kedah. Keluasannya 80 X 80 kaki. Agak luas untuk dibuat sebuah rumah.Rabu, Jun 03, 2009
Lot Tanah
Lot tanah ini saya beli tahun lalu di Kedah. Keluasannya 80 X 80 kaki. Agak luas untuk dibuat sebuah rumah.Selasa, Jun 02, 2009
Subjek Teras, Subjek Subteras, dan Elektif
Perubahan persijilan SPM kini namaknya semakin merendahkan nilai peperiksaan itu sendiri. Malah sejak pengisytiharan untuk memansuhkan yuran peperiksaan, sudah kita nampak imbasan kemerosotan nilai SPM itu sendiri. Sehingga tahun 80-an aura SPM sangat tinggi. Tidak keterlaluan jika dikatakan SPM lebih tinggi pengaruhnya daripada STPM. Kini nilai SPM semakin merosot.
Walau bagaimanapun, jika perubahan perlu dilakukan, saya ingin menyuarakan pandangan ekoran cadangan awal saya tentang subjek teras, subteras, dan elektif. Subjek subteras boleh dikategorikan seperti yang berikut:
Teras : Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral/Agama Islam, Bahasa Inggeris.
Subteras 1 : Fizik, Kimia, Biologi, dan satu subjek lain yang selaras spt sains farmasi
Subteras 2 : Perdagangan, Prinsip Akaun, Pengajian Perniagaan, dan satu yang lain spt bookkeeping dsb.
Subteras 3 : Matematik Tambahan, Math Moden, Lukisan Kejuruteraan, dan teknologi kejuruteraan.
Selain mata pelajaran di atas dimasukkan dalam kategori Elektif.
Sekadar pandangan.
Walau bagaimanapun, jika perubahan perlu dilakukan, saya ingin menyuarakan pandangan ekoran cadangan awal saya tentang subjek teras, subteras, dan elektif. Subjek subteras boleh dikategorikan seperti yang berikut:
Teras : Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral/Agama Islam, Bahasa Inggeris.
Subteras 1 : Fizik, Kimia, Biologi, dan satu subjek lain yang selaras spt sains farmasi
Subteras 2 : Perdagangan, Prinsip Akaun, Pengajian Perniagaan, dan satu yang lain spt bookkeeping dsb.
Subteras 3 : Matematik Tambahan, Math Moden, Lukisan Kejuruteraan, dan teknologi kejuruteraan.
Selain mata pelajaran di atas dimasukkan dalam kategori Elektif.
Sekadar pandangan.
Kesusasteraan Melayu sebagai subjek teras?
Kita masih berteka-teki dengan subjek-subjek yang akan dipilih sebagai subjek teras bagi calon-calon SPM. Kalau 4 sahaja subjek teras, banyaklah kekurangan dalam sistem pendidikan kita. Dalam hal ini, KPM ingin memperkasakan jati diri remaja. Oleh yang demikian subjek yang dalam menyemai nilai keperkasaan jati diri remaja, salah satunya ialah Kesusasteraan Melayu. Namun, mustahil mata pelajaran ini akan dijadikan teras, kerana dalam keadaan sekarang Sastera Melayu tidak ubah hidup segan mati tak mahu. di sekolah bilangan murid yang mengambil mata pelajaran ini dapat dibilang dengan jari sebelah tangan sahaja.
Apa kata pihak-pihak yang berkaitan melobi kerajaan untuk menjadikan sastera sebagai mata pelajaran teras, seperti MIC telah menyuarakan kebimbangan subjek sastera Tamil terpinggir dalam polisi baharu ini. Saya cadangkan Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Agama Islam, dan Pendidikan Moral dijadikan subjek teras. Pendidikan Moral pula hendaklah disatu dengan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Wujudkan juga subjek subteras, iaitu Sejarah @ Kenegaraan, Sains, Matematik sebagai menyokong subjek teras.
Kombinasi mata pelajaran yang perlu diambil mesti ada 4 teras, 4 subteras, dan 2 elektif.
Isnin, Jun 01, 2009
Pulut Durian
Saya di Kedah. Kebetulan di depan rumah orang tua saya ada pasar malam. Ketika berjunjung ke pasar malam saya terjumpa makanan ini, iaitu pulut durian. Bagi orang Kedah, puluh durian merupakan makanan istimewa yang ada pada musim durian sahaja. Dulu-dulu masa saya kecil, apabila tiba musim durian, ibu saya akan kukus pulut. Pulut akan digaul dengan durian dan dilembutkan dengan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam. Wah.. enaknya.
Namun, bagi orang yang tak biasa makan, mungkin susah sikit nak biasakan diri. Pulut juga dimakan dengan buah mangga. Datanglah ke Kedah untuk makan pulut durian. Pulut mangga pula lebih terkenal di Perlis.
Sabtu, Mei 30, 2009
10 mata pelajaran untuk SPM
Apabila calon SPM dihadkan untuk mengambil 10 mata pelajaran sahaja, terdapat pelbagai andaian yang muncul kerana belum ada penjelasan yang tetap tentang perkara ini. Dengan pengurangan mata pelajaran teras, bilangan mp elektif semakin bertambah. Nampaknya penambahan mp elektif akan mendatangkan pelbagai masalah yang lain.
Jika banyak mp elektif dibenarkan, maka calon akan membuat kombinasi elektif yang pelbagai kerana mereka bebas memilih mp tersebut. Hal ini akan menyukarkan pihak sekolah dan kemungkinan masalah kekurangan guru akan terjadi. Penyusunan jadual waktu juga bakal terjejas kerana terlalu banyak mp elektif maksudnya pihak sekolah perlu menyusun kombinasi mp dan juga jadual waktu.
Selain itu, mp teras yang dikurangkan akan menjejaskan syarat persijilan. Jika enam mp dijadikan teras, sekurang-kurangnya KPM dapat menetapkan pencapaian minimum untuk diberikan sijil. Kini barangkali dengan hanya TIGA mp, seseorang itu dianggap telah lulus dalam SPM. Secara tidak langsung nilai sijil SPM sudah jatuh dan tidak dapat digunakan sebagai syarat kelulusan minimum untuk sesuatu tujuan, sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau memohon pekerjaan.
Pandangan ini hanyalah pandangan peribadi saya. Apakah pandangan tuan-tuan?
Khamis, Mei 28, 2009
Rabu, Mei 27, 2009
Teknologi Mendekatkan Manusia
Saya bukanlah seorang yang arif sangat dalam bidang ICT. Tapi oleh sebab tidak mahu ketinggalan zaman saya belajar juga sikit-sikit. Terkini saya mula menjengah ke alam Facebook. Tapi tak ada masa yang panjang untuk meneroka dengan lebih mendalam. Melalui facebook, saya mula mendekati rakan-rakan, bekas anak murid, dan sesiapa sahaja yang suka dengan teknologi ini.
Saya juga berasa sangat bangga apabila mendapati bekas murid saya begitu pakar dalam ICT. Membaca blog mereka dan mengikuti perkembangan mereka melalui facebook, saya tahu mereka mempunyai kepakaran yang lebih tinggi daripada saya. Blog mereka juga sangat canggih dan menarik.
Isnin, Mei 25, 2009
Ahad, Mei 24, 2009
Terima Kasih

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang berada dalam dewan semasa saya berceramah. Sejujurnya saya amat gusar ceramah saya tidak dapat menarik perhatian peserta, memandangkan audiens terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza. Akan tetapi respons yang dapat saya lihat nampaknya guru-guru SMK TD mempunyai ramai penulis yang pasti hebat jika menulis secara aktif. Saya bertekad akan membimbing guru-guru yang berminat dengan aktiviti penulisan. Saya bukanlah penulis yang hebat, tetapi mungkin ada sedikit pengalaman dalam bidang yang saya ceburi selama 16 tahun ini.
Malangnya, gambar saya berceramah tidak dapat dimasukkan kerana saya terlupa nak bawa kamera. Mungkin kerana terlalu nervous nak berhadapan dengan peserta kali ini, saya terlupa perkara yang selalunya ada dalam beg komputer saya.
Jumaat, Mei 22, 2009
Ceramah Penulisan untuk Guru-guru SMKTD
Saya akan menyampaikan ceramah penulisan makalah dan penulisan kreatif untuk guru-guru SMK Telok Datok, pada 23 hb Mei 2009. Saya akan risau kerana dalam kalangan guru bukan semuanya meminati bidang penulisan kreatif. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang mata pelajaran. Oleh sebab kursus ini merupakan LADAP yang perlu dihadiri, maka mereka terpaksa datang. Jadi, saya harap guru-guru sekalian dapat menerima ceramah saya dengan hati yang terbuka. Jangan marah...
Rabu, Mei 20, 2009
NAFSU
Oleh: Ghazali Lateh
Kuinginkan...
semua keindahan
yang hilang bersama angin dingin
dan ombak di pantai.
Kuinginkan...
semua kenikmatan
yang hilang bersama kabus telus
dan gerimis pagi.
Kuinginkan...
semua kepuasan
yang hilang dalam diri sendiri
dan kini masih kucari.
Kuinginkan...
segala yang tak tercapai tangan.
Kg. Ruat, Yan
22/01/1983
Seingat saya, puisi ini merupakan puisi pertama saya secara formal. Ketika itu saya masih belajar di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Puisi ini terhasil ketika saya dengan rakan baik saya Idris Yahya, menerokai pantai di Kampung Ruat, Yan, Kedah.
Ahad, Mei 17, 2009
Pelbagai Perspektif
Satu perkara yang saya tidak suka adalah untuk berjumpa dengan orang-orang atasan apabila berhadapan dengan masalah. Akan tetapi kali ini entah semangat apa yang saya peroleh. Pada malam majlis makan malam di rumah MB Trengganu yang lalu, saya memberanikan diri berjumpa dengan Tan Sri KSU untuk meminta berjumpa dengan beliau di Putrajaya. Kebetulan pagi tadi semasa menunggu penerbangan, Tan Sri duduk bersebelahan saya. Pada mulanya saya amat malu untuk bertanya tentang masalah pelepasan dengan izin saya. Namun demikian, Tan Sri merupakan seorang yang sangat mudah didekati dan mahu mendengar masalah saya.Jawapan yang diberikan juga agak positif. Jika saya sanggup membayar sejumlah kontrak yang belum selesai dengan Bahagian Biasiswa, pelepasan saya tidak menjadi masalah. InsyaAllah, akan saya usahakan.
Kadang-kadang kehidupan ini perlu dilihat dari pelbagai perspektif untuk mendapatkan gambaran yang sebenar.
Sabtu, Mei 16, 2009
Selamat Hari Guru 2009

Malam tadi saya menghadiri Majlis Jamuan Negeri Akal Budi di kediaman MB Trengganu. Majlisnya agak tidak begitu memuaskan kerana tempat agak sempit untuk menampung 1550 jemputan. Pengacaraannya juga agak kucar-kacir. Makanan tidak teratur. Saya tidak makan kerana berasa malu untuk berebut-rebut.
Nasib baik rakan saya Mubin (pemilik jaranganakmelayu.blogspot.com) datang ke hotel untuk menjemput saya. Saya memesan vanilla shake dengan sepinggan kuayteow goreng. Kami bersembang sampai 12.45 malam. Banyak cerita yang dikongsikan setelah bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa. Begitulah resam penulis, rakan-rakan yang menulis akan menjadi sahabat akrab walaupun tidak selalu bertemu.
Jumaat, Mei 15, 2009
Minum Petang Bersama-sama Pengarah JPN Selangor
Dr. Zahari (Pengarah) Tn Haji Bajuri (Timbalan Pengarah), En, Suhaimi (Pengurus Pasukan Bahas), dan Encik Ghani (Pegawai JPNSelangor) berbangga dengan pencapaian pasukan Selangor.Petang ini Pengarah JPN Selangor Dr. Zahari Aziz, mengadakan minum petang bersama-sama kontinjen Selangor. Nampaknya pasukan JPN Selangor mencipta banyak kemenangan dalam pelbagai pertandingan sempena sambutan Hari Guru tahun ini. Antaranya, bahas guru kategori BM (Johan), bahas guru kategori BI (Naib Johan), beberapa kemenangan dalam pertandingan menulis peringkat sekolah menengah.
Terima Kasih Marni
Setelah shopping di Pasar Payang, saya kembali cepat ke hotel (sebab hari ini Jumaat). Di Trengganu, Jumaat ialah hari cuti hujung minggu.
Saya membaca blog dan tercatat komen dari bekas murid saya Marni. Melalui komen itu saya membuka blog beliau. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih mengingati saya yang pernah menjadi guru (yang tidak sepertinya) pada tahun 1993/4. Gambar yang dimasukkan juga turut mengembalikan nostalgia ketika itu. Saya bangga kerana sebahagian bekas murid saya berjaya dalam bidang masing-masing. Ramai juga yang menjadi guru dan Marni sendiri sedang menyiapkan PhD dan bertugas sebagai pensyarah di Uniten. Syabas semua bekas murid saya.
Gambar saya bersama murid Tingkatan 6A1 1994. Sebahagian besar nama murid saya masih saya ingat.Khamis, Mei 14, 2009
Sepanjang Perjalanan ke Kuala Terengganu

Sepatutnya pesawat berangkat pada pukul 7.45 ptg. Namun disebabkan masalah teknikal, penerbangan berlepas pada pukul 8.15 malam. Tapi, yang penting selamat sampai pada 9.15 mlm. Sesampai sahaja di Primula Beach Resort, saya turun mencari gerai untuk mengisi perut. Malangnya, makanan yang saya pesan tidak menyelerakan.
Semasa menunggu pesawat di pintu B2, saya sempat menggarap puisi yang berbunyi begini:
Senja di KLIA
Cahaya neon memercup
Tika senja merayapi bumi saujana
Di sini sayap malam mula melebar
Menutup ufuk jauh
Dan diam bersama suram.
Aku masih menanti
Saat keberangkatan dalam mesra
Jarak yang tidak terlihat mata
Bakal kujejaki dalam realiti
Kerana hidup ini perjalanan
Yang telah bermula sekian lama
Lantas langkah kuteruskan jua
Ke mana-mana sahaja.
Senja di KLIA
Adalah destinasi hari
Membuka perjalanan kelam
Ke hujung malam
Tetapi di sini tidak pernah padam
Neon dan gemersik jentera
Mengejar pesona
Ke hujung dunia.
KLIA
14/5/09
7.22 malam
Cahaya neon memercup
Tika senja merayapi bumi saujana
Di sini sayap malam mula melebar
Menutup ufuk jauh
Dan diam bersama suram.
Aku masih menanti
Saat keberangkatan dalam mesra
Jarak yang tidak terlihat mata
Bakal kujejaki dalam realiti
Kerana hidup ini perjalanan
Yang telah bermula sekian lama
Lantas langkah kuteruskan jua
Ke mana-mana sahaja.
Senja di KLIA
Adalah destinasi hari
Membuka perjalanan kelam
Ke hujung malam
Tetapi di sini tidak pernah padam
Neon dan gemersik jentera
Mengejar pesona
Ke hujung dunia.
KLIA
14/5/09
7.22 malam
Selasa, Mei 12, 2009
Bangunan Lama Diruntuhkan

Setelah hampir setahun menanti, akhirnya bangunan lama yang menempatkan bilik guru SMK Telok Datok dirobohkan. Tujuannya untuk membolehkan sebuah bangunan baharu empat tingkat didirikan. Keadaan di sekitar sekolah agar tidak teratur. Murid tingkatan 6 Bawah pula baru sahaja mendaftarkan diri. Habuk dan debu beterbangan. Bekalan elektrik asyik terputus. Keadaan ini merupakan cabaran bagi warga pendidik di sekolah ini. Keadaan ini merupakan cabaran-cabaran yang terpaksa kami dihadapi oleh warga pendidik. Akan tetapi bagi pendidik yang berjiwa besar, cabaran ini tidak akan mematahkan semangat untuk menyampaikan pendidikan ke arah pembentukan modal insan pada masa akan datang.
Ahad, Mei 10, 2009
Penulisan Puisi
Saya memberi respons terhadap Bulya Iswandi yang bertanya tentang teknik penulisan puisi. Saya bukanlah seorang penulis puisi yang baik atau berjaya. Setakat ini hanya dalam 30 buah puisi saya yang tersiar di penerbitan. Akhir-akhir ini saya tidak lagi menghantarkan puisi saya ke penerbitan kerana tidak banyak karya baharu yang saya hasilkan.
Menyentuh soal penulisan puisi, saya tidak ada satu teknik yang khusus. Segala lahir sebagai sebuah ilham yang spontan. Sesuatu ilham itu saya lahirkan dengan bahasa yang melebihi sedikit drp bahasa sehari-harian. Saya garap bahasa dengan unsur bunyi yang mempunyai rima tertentu. Oleh sebab itu kebanyakan puisi saya ada pengaruh puisi tradisional. Jadi, yang penting dalam penulisan puisi ialah BAHASA yang dapat MENYERLAHKAN tema yang cuba disampaikan.
Aspek nilai dalam puisi merupakan satu aspek penting. Namun demikian, penelitian tema bukanlah tugas penulis. Penulis hanya menerapkan semua kualiti dan kreativiti dalam karya. Yang akan menilai sama ada karya itu membawa tema, nilai, dan apa-apa sahaja aspek struktural puisi ialah pembaca, penganalisis, dan pengkritik karya tersebut (itupun jika karya dibaca pihak tersebut).
Seorang penulis puisi tidak harus terlalu memikirkan aspek-aspek nilai, tema, dan aspek struktural yang lain semasa menghasilkan karya. Biarlah orang lain yang menilai karya kita. Akan tetapi jika kita menulis berdasarkan tema, nilai, dan apa-apa sahaja yang ditetapkan, kita harus memikirkan perkara-perkara tersebut sebelum melahirkan karya.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...







