Isnin, Januari 07, 2008

Rindu akan Kepemimpinan yang Lalu

Sejak akhir-akhir ini pelbagai kemelut mewarna senario di negara kita. Apabila persekolah bermula, kecoh tentang bayaran tambahan. Ingat tak bagaimanakah isu ini bermula. Sebenarnya pengumuman pemansuhan yuran sekolah dan yuran peperiksaan mencetuskan pelbagai reaksi. Selain itu teka-teki tentang tarikh pilihan raya juga memainkan peranan. Masyarakat beranggapan pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat. Jadi, masa inilah mereka ingin mengugut untuk mendapat segala-galanya secara percuma. Kalau boleh seluar dalam juga hendaklah diminta subsidi dari kerajaan. Jika tidak dilayan mereka tidak akan menyokong kerajaan.
Soalnya, mengapakah kebanyakan pemimpin kita mendiamkan diri daripada bangkit dengan tegas menangani isu-isu yang berbangkit.
Kemudian kecoh pula ketiadaan minyak masak di pasaran, isu pelampau etnik, dan macam-mcam lagi. Semua ini menjadikan aku amat rindu akan kepemimpinan yang lalu. Bagaimanakah kalian?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam hijrah 1429. Aku nampak haprak sepanjang jalan . Nak hapus yuran sekolah yang nilainya RM 4.90 dan RM 9.00 pun diumum dalam bajet.Takkan 50 tahun merdeka rakyat masih lagi bangang lagi .

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya semakin lama semakin teruk keadaan negeri kita Pak Cha. Apa nak jadi? Kadang-kadang orang yang kita harap untuk menjadi pelindung tak boleh harap! Semuanya kira nak meniarap!

Ghazali

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...