(i)
Semalam aku menerima sepucuk surat dari Bahagian Sumber Manusia KPM. Surat ini mengandungi segala dokumen urusan pelepasan jawatan yang diusahakan oleh sebuah IPTA tempatan bagi membolehkan aku memulakan jawatan sebagai tenaga pengajar di IPT itu. Surat ini meletakkan aku dalam keadaan serba salah. Aku tertarik dengan kesungguhan IPT ini, mengurus pelepasan jawatanku. Aku akan mengambil masa satu minggu untuk membuat keputusan. Jika dalam satu minggu ini aku tidak menerima tawaran dari IPT lain, maka aku akan menerima tawaran jawatan tersebut. Biarlah aku bertugas di IPT yang benar-benar serius mahu mengambilku sebagai kakitangan. InsyaAllah...
(ii)
Hari ini cerpen Sondolman yang telah kumasukkan ke blog ini telah tersiar di Berita Harian. Cerpen itu hanya suka-suka, tetapi bagi mereka yang mahu berfikir, ada terselit sedikit santapan minda untuk difikirkan. Wallahualam... Dapatkan ceritanya di...
3 ulasan:
Dr.Gazali,
Tahniah dari ku.Dapat IPT mana tu ?
Nanti cerpen tu ku baca,nak tengok macam mana depa sondoi.Sondoi tu bodek ....ku boleh agak.
tahniah buat cikgu..menarik gak cite sondolman tu.. tahniah sekali lagi..
oh ye cikgu..sy rasa link kt atas tu mcm x de apa2 je bila klik.. harap cikgu dpt update ye.. yg link sebtolnya cube try tgk kt sini : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sastera/20080719070915/Article/
ok cikgu.. jumpe lagi.. :)
salam bapak gajali. Waduh, baoak akan jadi dorsen di mana pak? tahniah-tahniah.
Catat Ulasan