Rabu, Oktober 15, 2008

Tips Komsas SPM

1. (a) Judul novel dikatakan mempunyai hubungan dengan kandungan novel berkenaan. Jelaskan hubungan tajuk novel dengan novel anda kaji.
[7 markah]

(b) Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan perwatakan watak sampingan dalam novel yang anda kaji.
[8 markah]
Jawapan contoh

a) Judul Konserto Terakhir mempunyai kaitan dengan tema, persoalan, watak, plot, dan latar novel berkenaan.
- hubungan dengan tema novel tersebut iaitu kegigihan seorang pemuda dalam mencapai cita-citanya menjadi seorang pemuzik.
- peristiwa konsert itu menjadi kemuncak perkembangan plot.
- konsert yang terakhir ini juga menjadi titik-tolak penyelesaian beberapa perkara dalam novel. Datuk Johari tahu akan identiti Hilmi selepas konsert itu.

b) watak sampingan dalam novel Konserto Terakhir ialah Datin Salmah
- digambarkan sebagai seorang yang terlalu mementingkan darjat atau status.
- memiliki sikap angkuh dan sombong. Perasaan ini timbul kerana suaminya. Datuk Johari merupakan seorang Pegawai Tinggi Kerajaan.
- terlalu mengongkong anak dan suaminya. Anaknya Hayati sering dikongkong dan dikawal pergerakannya
- mengamalkan cara hidup kebaratan. Kerana sering menghadiri majlis “Morning Coffee” bersama wanita-wanita yang setaraf dengannya.

Tiada ulasan:

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...