Ahad, Februari 22, 2009

Beberapa Masalah

Gambar pintu gerbang di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang, Bukit Changgang, Selangor. Semasa balik dari Dengkil semalam aku sengaja melalui jalan kampung dan terjumpa perkampungan orang asli ini.
Pagi semalam sempat juga membasuh porch kerana terlalu kotor. Dah basuh baru nampak ceria dan kemas sikit.

Sejak minggu lepas, kesibukan semakin memuncak. Hujung minggu ini aku hanya terperap di rumah menyiapkan kerja-kerja yang patut diselesaikan. Menyemak karya sebuah pertandingan menulis. 96 buah karya untuk aku semak. Masa yang diberikan hanya dua hari. Demi kepercayaan aku pun tidak ke mana-mana sepanjang pagi semalam dan seharian hari ini. Sebagai tenaga pengajar sambilan di sebuah IPTA, aku terpaksa menanda 36 tugasan individu yang dihantar minggu lepas.


Dan berita yang paling mengejutkan ialah keadaan emak yang tidak sihat di kampung. Aku dalam keadaan serba salah. Petang esok dan lusa ada mesyuarat di Shah Alam. Malam esok mengajar sambilan. Teks ucapan yang ditugaskan belum lagi berkarang. Tapi dalam saat ini aku hanya menunggu khabar berita dari kampung. Jika perlu aku akan bergegas pulang.


Keadaan seperti menjadikan aku tidak nyenyak tidur. Aku berharap semuanya akan menjadi baik.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ANTARA EMAK DAN MESYUARAT...
EMAK HANYA ADA 1...

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...