Isnin, April 27, 2009

Satu Malaysia

Konsep Satu Malaysia ini merupakan gagasan besar yang perlu dilaksanakan tanpa prejudis dan ikut musim. Setelah lebih setegah abad merdeka, kita sebenarnya masih gagal menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Dan persoalan besar yang harus kita tanya mengapakah setelah setengah abad merdeka, masih ramai orang Malaysia yang tidak mahu menjadi orang Malaysia. Mereka masih berpaksikan negara lain, dan lebih buruk lagi mengapakah masih ramai yang tidak tahu berbahasa Malaysia. Jangan jadikan SATU MALAYSIA sebagai slogan semata-mata, sedangkan rakyat Malaysia hanya menjadi rakyat Malaysia secara permukaan sahaja, tetapi dalam mereka bukan rakyat Malaysia sebenarnya.

3 ulasan:

ku_seman berkata...

Salam saudara, hari ini saya menyelinap masuk ke laman saudara. Terus menulis. Ada masa lawatlah ke laman saya.

Ghazali Lateh berkata...

Sdr Ku Seman,
Teruja saya menerima kunjungan Tuan ke blog yang tidak sepertinya ini. Salam ukhuwah dan singgahlah jika ada kelapangan.

HBM Consultant berkata...

Sejujurnya, saya masih 'kelam' dengan apa yang dimaksudkan sebagai 1 Malaysia ini. Fikiran saya semakin tepu untuk menganalisis ideologi, slogan dan falsafah yang sering ditukar ganti sedangkan pengisiannya tidak banyak berbeza.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...