Jumaat, Mei 22, 2009

Ceramah Penulisan untuk Guru-guru SMKTD

Saya akan menyampaikan ceramah penulisan makalah dan penulisan kreatif untuk guru-guru SMK Telok Datok, pada 23 hb Mei 2009. Saya akan risau kerana dalam kalangan guru bukan semuanya meminati bidang penulisan kreatif. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang mata pelajaran. Oleh sebab kursus ini merupakan LADAP yang perlu dihadiri, maka mereka terpaksa datang. Jadi, saya harap guru-guru sekalian dapat menerima ceramah saya dengan hati yang terbuka. Jangan marah...

7 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Li,

Aku jumpa isteri Mustaffa Ayob.Dia bagitau Pa pun berminat masok blog saudara.

Ghazali Lateh berkata...

Pak Cha, Pa Ayob pernah emel saya beberapa bulan yang lalu, dan saya telah menghubungi beliau. Seronok dapat contact balik rakan-rakan lama.

iezz berkata...

Cikgu

Terima kasih atas ceramah yang menarik tadi. Saya memang minat menulis tapi untuk diri sendiri je...lebih bebas dan terbuka rasanya. Tapi cemburu jugak tengok cikgu boleh menyampaikan apa yang ada dalam hati dengan baik dan boleh diterima umum Terima kasih meminjamkan buku Secawan Kopi...saya dah habis baca pukul 3.15 tadi...juga buku Di Kaki Mimbar yang cikgu hadiahkan dulu....

sha berkata...

kalau nak jadikan kisah benar dalam hidupku sebagai bahan kreatif silakan. Tapi bahasa saya tak menarik, itulah bahasa orang kecewa, menulis dalam keadaan kecewa.Saya tak nak apa2, cuma itu pengajaran kepad pada suami supaya tidak menyakitkan hati isteri, dan isteri jangan terlau percaya pada suami.

Pok-Din Inc berkata...

tahniah cikgu untuk sesi ceramah tadi.. teruja la..
rasa nk jadi penulis jgk..

Norliza berkata...

terima kasih atas ceramah tadi. sangat menarik. tapi nak tulis apa ye?

Ghazali Lateh berkata...

Tulislah. Mulalah dengan apa-apa yang ingin diluahkan. Tidak kisah kalaupun kita menulis tentang kekecewaan, barangkai cerita itu amat menarik utk dikongsi. Cuma elakkan daripada menggunakan nama sebenar dalam karya.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...