Sabtu, Julai 24, 2010

Laskar Pelangi

Secara kebetulan saya menonton filem Laskar Pelangi di Astro pagi ini. Biasanya saya susah untuk menonton filem sampai usai. Akan tetapi filem ini membuat saya terus setia hingga tayangannya tamat. Bagi saya filem ini sangat menarik, bersahaja, berfalsafah, realistik, dan menjana pemikiran. Pastinya, filem ini mendapat sambutan hanya apabila masuk panggung dahulu.
Persoalannya, mengapakah penggiat filem di Malaysia tidak mampu membikin filem sebegitu. Balik-balik filem komedi ringan dan filem seram. Saya rasa filem seperti Laskar Pelangi dapat menarik masyarakat ke pawagam (walaupun penonton Malaysia kurang mahu berfikir). Untuk mencari bahannya, rasanya tidak sukar kerana kita masih banyak sumber yang belum diterokai. Malahan novel-novel kita juga sesuai diangkat ke filem. Masyarakat di pedalaman Sarawak wajar diketengahkan dalam bentuk yang kreatif. Adakah penggiat kita hanya mengejar keuntungan semata-mata dan sanggup memperbodohkan diri dengan menghasilkan filem-filem tunakualiti.
Terfikir juga, andainya arwah Yasmin Ahmad masih ada....!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masyarakat kita sekarang taksub dengan hantu, dr. filem kita pulak ikut musim macam buah...kalau musim hantu semua nak hantu...musim cinta semua nak cinta...ayyo....Lee

Tanpa Nama berkata...

salam.cikgu..insyaAllah satu hari nanti saya sendiri akan usahakan filem 'kelainan' itu.sehingga waktu itu..doakan saya agar murahnya rezeki untuk lebih menabur bakti seni :)

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...