Makan bersama-sama keluarga amat menyeronokkan. Petang semalam saya sekeluarga pergi makan-makan di Kenny Rogers, Alamanda.
Inilah rupanya Ceaser's Salad yang saya tempah. Rasanya enak tapi terlalu banyak
Inilah rupanya Ceaser's Salad yang saya tempah. Rasanya enak tapi terlalu banyak
Kadang-kadang saya terfikir persepsi orang lain terhadap diri kita tidak dapat kita jangka. Adakalanya persepsi tersebut menjadi negatif tanpa usul periksa. Jadi, untuk mengelakkan unsur-unsur ketegangan dan apa-apa sahaja yang memudaratkan, elok juga saya mengambil pendekatan mendiamkan diri. Kata-kata kita kadang-kadang akan disalahertikan dan akan membawa rasa kurang senang di hati orang lain, walaupun maksud kita tidak sedemikian. Kita sendiri ada kelemahan yang tidak kita sedari. Mengakui kelemahan diri memberikan kita ruang untuk mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya. Moralnya, kita berdiam tidak bermakna kita bersalah, cuma mungkin disalah anggap. Berdiamlah, barangkali tindakan mendiamkan diri akan mengembalikan semangat, hubungan baik, kesedaran, dan apa-apa sahaja yang positif.
2 ulasan:
setujuuuuuuuuuuuu....
Salam, Dr., saya bersetuju bahawa sesungguhnya berdiam diri itu lebih baik untuk diri kita sendiri. Walau bagaimanapun, jikalau ia melibatkan kepentingan orang lain, maka berdiam diri tidak akan membantu menegakkan kebenaran. Dunia ini musnah bukan kerana terlalu ramai orang jahat, tetapi kerana terlalu ramai orang baik-baik yang mendiamkan kebenaran.
Catat Ulasan