TRAVELOG NARATHIWAT 2023
Tanpa perancangan, setelah
selesai urusan di Kedah, kami membuat keputusan untuk ke Narathiwat. Kami terus memandu merentasi lebuh raya
Timutr-Barat, ketika hari sudah petang.
Kami sampai ke Rantau Panjang hamper pulul 7.00 petang. Kami bertanya orang tentang pekan Rantau
Panjang kerana kami tidak tahu kedudukannya.
Akhirnya kami menginap di sebuah hotel yang kebetulan ditemukan di situ.
Saya berkenalan dengan sepasang suami isteri di hotel tersebut. Kemudian mereka mengajak kami ke seberang melalui Sungai Golok. Selepas maghrib kami menaiki perahu ke seberang dengan bayaran RM3. Kemudian kami menumpangi motosikal ke restoren ikan bakar yang terkenal, iaitu ikan tilapia.
Besok pagi kami terus beratur di sempadan. Selepas imigrasen Malaysia, kami memasuki
wilayah Thailand. Saya membuat insuran
kereta di Thailand dengan bayaran RM30.00.
Kemudian kami pun masuk ke Pekan Sungai Golok dan bersarapan di sana. Baru saya tahu bahawa majoriti penduduk Sg
Golok adalah orang Melayu/Islam.
Setelah menukar mata wang dan membeli kad sim, kami meneruskan perjalanan ke Narathiwat. Kami terus ke pantai Ban Thon dan makan tengah hari di Summer Thon, sebuah restoren tepi pantai yang cantik.
Kami menginap di Imperial Hotel. Petang itu kami ke pantai Narathat. Suasana sangat meriah kerana pengunjung sangat ramai walaupun hari Isnin. Malam itu kami ke Rem Kueng Market kerana terdapat jualan pelbagai jenis makanan.
Besoknya, kami balik melalui
Takbai. Kami membawa kereta dengan feri
untuk menyeberang ke Pengkalan Kubur di Kelantan. Secara umumnya, perjalanan singkat ke Narathiwat seperti
berada di negara kita sendiri, khususnya di Kelantan. Tidak banyak perbezaan suasana kehidupan
masyarakat yang dapat dilihat. Malah,
tidak ada ucapan ‘sawadee’ seperti
tempat-tempat lain di negara gajah putih itu.
Jika ada kesempatan kami akan datang lagi kerana ingin ke Patani dan Yala pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan