Khamis, Oktober 29, 2026

Travelog Pattani Hatyai 2026

 Saya telah melancong ke Pattani pada 23 Oktober bersama-sama isteri dan anak saya.  Perjalanan kali ini agak berbeza kerana kami menggunakan khidmat pemandu yang datang menjemput kami di rumah.  Kami berasa lebih selesa kerana tidak perlu ke mana-mana. Perjalanan  bermula pada pukul 10 malam.  Sepanjang malam kami bergerak dan tiba di sempadan Malaysia-Thai pukul 6.30 pagi.  Pemandu kami menguruskan insurans sebelum masuk ke  Danok.

 



               Oleh sebab kami masuk awal, suasana di sempadan tidak sibuk.  Kami bersarapan di pekan Danok sebelum meneruskan perjalanan ke Pattani.  Dalam pukul 10.30 kami sampai ke Pattani.  Kami terus ke Masjid Kersik untuk melihat peninggalan sejarah di situ.  Seterusnya kami makan tengah hari  di sebuah restoren bekas kilang tin  minyak yang diubah suai.  Suasananya sangat unik kerana masih ada mesin pembuatan tin minyak yang dijadikan bahan pameran.  Selepas itu kami melawat Masjid Kersik yang berusia 512 tahun.  Kini masjid tersebut hanya tinggalan sejarah kedatangan Islam yang panjang.  Kemudian kami bergerak ke Talo Kapo untuk bermalam di Forest Beach Resort.  Tempatnya terletak di tepi pantai yang cantik.  Pada sebelah malamnya kami ke bandar semula untuk mengunjungu Green Market, iaitu sebuah medan selera yang sangat terkenal dengan aneka masakan Thai yang enak. 

 


              

Pada hari kedua kami ke pasar Besar Pattani.  Suasanya sangat meriah kerana jualannya sangat beraneka.  Kemudian kami ke Barahom Barzar untuk bersarapan di atas sampan.  Kami dibawa ke kawasan muara sungai yang penuh dengan hutan bakau.  Makanan yang dihidangkan juga merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu Pattani.  Hampir dua jam juga kami menikmati alam yang segar di atas sampan.  Selepas itu kami ke satu kawasan taman kecil.  Di situ terdapat zoo mini,  tasik, dan kereta api mini yang boleh dinaiki.  Dengan bayaran lebih kurang RM6.00,  kami dibawa dengan kereta api mini itu mengelilingi taman.

 


Selepas itu kami bertolak ke Hatyai.  Dalam perjalanan, saya sempat membeli isi kelapa laut yang dijual di pinggir jalan.  Perjalanan Pattani ke Hatyai mengambil masa dalam dua jam.  Sesampai di Hatyai kami mendaftar masuk ke hotel untuk berehat.  Petang itu kami melawat di sekitar pekan hatyai.  Malamnya kami ke kawasan Lee Garden yang terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong.  Kami menaiki tuttut untuk balik ke hotel.

 

Esoknya, kami ke beberapa tempat beli-belah sebelum bertolak balik.  Kami membeli minyak wangi, oleh-oleh dan barang yang dijual di Seven Eleven. Kami ke Central Hatyai Mall dan makan tengah hari di medan seleranya.  Di sini, kami masih membeli-belah jajanan untuk dibawa pulang.  Terdapat ramai pelancong dari Malaysia di pusat beli-belah tersebut. 

Perjalanan ke Hatyai adalah kali yang kedua.  Hatyau menjadi tempat tumpuan kerana inilah destinasi luar negara yang paling dekat.  Makanan di sana pelbagai dan unik, harganya lebih murah berbanding di Malaysia.  Selain itu kemahiran komunikasi penjual sangat baik sehingga kita berasa dihargai.  

Tiada ulasan:

Travelog Pattani Hatyai 2026

  Saya telah melancong ke Pattani pada 23 Oktober bersama-sama isteri dan anak saya.   Perjalanan kali ini agak berbeza kerana kami mengguna...