Jumaat, Mac 18, 2016

Gadis Kecil Tanah Lot

Senyumanmu
selembut melodi Gus Teja
gadis kecil penjual ole-ole
menyapa sopan
menjaja dagangan.

Kau sebahagian
keindahan ciptaan Tuhan
menjunjung tri hita karana
warisan leluhurmu
di pulau syahdu.

Kau gadis kecil itu
disalai bahang mantari
dipuput wayu lestari
digertak gelombang ngeri
namun kau tetap sama
tersenyum dalam kesima
di mana-mana.

Gadis kecil Tanah Lot
umpama ombak dan laut
laksana pasang dan surut
bagaikan bayu berpuput
semi kasih bertaut
rindu berpaut.

14 Mac 2016
Tanah Lot, Bali


Selasa, Februari 23, 2016

Isnin, Januari 18, 2016

Mengejar kesarjanaan

Seusai sahaja pembentangan kertas projek Master Pendidikan (PBMP)  pelajar-pelajar berasa lega sementara menanti proses pembetulan dan pengesahan.  Tahniah semua.

Ahad, Januari 03, 2016

Kemenangan

Saya menulis sekadar suka-suka.  Kemenangan ialah bonus kecil yang bakal menaikkan motivasi untuk terus menulis.

Travelog Pattani Hatyai 2026

  Saya telah melancong ke Pattani pada 23 Oktober bersama-sama isteri dan anak saya.   Perjalanan kali ini agak berbeza kerana kami mengguna...