Tengah hari aku baru habis mesyuarat dengan Bahagian Buku Teks di Grand Continental, KUala Lumpur. Singgah sebentar di Sogo untuk memberli baju T dan tali pinggang. Kebetulan dalam Sale (selalunya 'sale' di Sogo). Aku jadi teringat perihal anak yang hilang.
Kehilangan itu membawa beberapa natijah. Kehilangan itu berpunca daripada keghairahan mengejar 'sale' dan sikap lalai. Tidak dinafikan itu sudah takdir. Akan tetapi sikap lalai ibu bapa memang menjadi amalan orang Melayu walaupun bukan majoriti. Misalnya, ketika bershopping sakan, anak-anak dibiarkan bermain sendirian. Ketika memandu, anak-anak di belakang mengeluarkan kepala melalui tingkap untuk bermain angin. Ketika berjalan anak dipimpin menggunakan tangan kanan, dan anak paling hampir dengan jalan.
Kehilangan Yin itu sekali lagi membuktikan rakyat Malaysia sangat prihatin dan menghulurkan sumbangan.
Dan ada juga yang mengambil kesempatan tragedi ini sebagai wahana mencipta nama.
Cuba hayati sajak saya yang saya tulis ketika bencana tsunami.
Pabila Bencana Menyapa
Secebis simpati yang kumasukkan
ke lubang kecil tabung insani
tanpa mempamerkan replika perasaan
yang bakal terpapar
di muka depan akhbar kemanusiaan.
Betapa kepedihan telah menjadi
wahana mencipta jenama
dan aku bakal tercicir
dari senarai sang pengukir
arca hipokrasi duniawi
lantaran replikaku terlalu kecil
untuk kuperagakan
di podium kebanggaan.
Ketulusan telah tumbuh persoalan
pabila kita leka mengumpul kemanusiaan
sehingga tidak sempat
mengagihkan harapan
sedang kita menghebahkan jumlah
ada yang tumpas dalam lelah.
Pabila bencana menyapa
akan terbuka sebuah medan kesima
terserlah aksi watak-watak utama
dan badut-badut pelbagai warna
di mana-mana.
Banting,
2/1/05
Rabu, April 11, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024
Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta. Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel. Pada petangnya kami ke Thamrin City, ke...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
1 ulasan:
Assalamulaikum wbk.
Wah, blognya hebat sekali! Teruskan dan selamat menjadi warga blog untuk memungkinkan impian realiti, kepercayaan dan proses kreatif terus mengalir.
ii
Kadang-kadang kita perlu menjadi manusia yang tak perlu ramai kawan kerana sukarnya memahami kerenah manusia. Biar kita ada sedikit kawan tetapi tidak menyusahkan. Kata cikgu Amin, "kita kena pilih kawan sebab takut jumpa kawan yang makan kawan." Dengan selamba saya pun menyampuk, "sebab apa cikgu Amin pilih kawan macam buaya? Pilihlah macam saya ke atau macam Ghazali Lateh ke?" Sambil ketawa dia menjawab, "sebab aku nak buaya darat. Kau buaya tak ada gigi." Ketawa kamipun memecah sunyi malam kamar 639 Holiday Inn, Kuching.
Selamat menziarahi dan melayari dunia blog.
Catat Ulasan