Khamis, Mac 20, 2008

Ke Pajam dan Mantin






Hari ini hari cuti umum. Sengaja aku berjalan ke Pajam dan Mantin dan balik singgah pula di Nilai 3. Sekadar melihat kawasan perumahan baharu dan mencari idea untuk rumah baharu yang akan siap pembinaannya tidak lama lagi. Aku tertarik dengan binaan rumah cluster di Pajam. Ada taman di roof top. Lengkap dengan pergola. Kreatif sekali dan menarik. Namun kreativiti ini tidak dapat kuadaptasikan di rumah kami kerana ruang yang terhad.
Bahagian dalam rumah juga agak menarik kerana tingkapnya dibina rendah dan melintang. Hal ini pasti meningkatkan pencahayaan bahagian dalaman rumah. Cara ini mungkin kupilih untuk rumah kami nanti.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa khabar cikgu!!!!wah macam tak percaya jumpa blog cikgu.kirim salam saya pada cikgu salwa...

blog saya

liberationleader.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

cikgu...saya suka la header blog cikgu.memang bakal sasterawan negara la cikgu ni!

Tanpa Nama berkata...

Sidik,
Terima kasih kerana melawat blog saya yang tidak sepertinya ini. Semalam saya sempat berbual dengan ayahanda Sidik selepas mesyuarat PIBG. Anyway, tahniah kerana menyambung pelajaran dalam bidang law. Selamat maju jaya.

Cigu Ghazali

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu. saya harap cikgu dapat doakan saya dan rakan-rakan yang lain, insyaAllah.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...