Aku mahu berkongsi pengalaman dengan memberikan tips bagi mereka terutama guru-guru yang bakal menduduki kursus PTK 3 DG44. Bukan bertujuan untuk bermegah-megah tetapi sekadar mahu sesama rakan sejawatan lulus kursus berkenaan. Jika gagal banyak peluang pegawai yang berkaitan akan tersekat. Salahkah jika kita memudahkan orang lain? Salahkah kita memberi manfaat kepada orang lain? Tentu sekali tidak kecuali bagi orang yang bersifat 'selfish', mementingkan diri sendiri.
Pertama, untuk esei pastikan ada perkara-perkara yang berikut iaitu ringkasan eksekutif, pendahuluan, lima isi yang mantap berdasarkan pengalaman tugas, dan kesimpulan yang meyakinkan. Ringkasan eksekutif merupakan gambaran awal perkara-perkara yang bakal dibincangkan dalam esei. Satu muka surat sudah memadai. Bahagian pendahuluan pula hendaklah didefinisikan secara ringkas konsep dalam tajuk yang dipilih.
Bahagian isi hendaklah ditulis dalam perenggan yang baik. Setiap perenggan dimulakan dengan isi atau ayat topik. Berikan huraian serta contoh yang dilakukan oleh pegawai dalam menangani isu yang dibangkitkan. Setiap perenggan hendaklah ditutup dengan penegasan atau rumusan kecil setiap perenggan. Kreativiti bahasa dan persembahan juga penting.
Penilaian sepanjang kursus juga perlu dititikberatkan. Persembahan individu hendaklah dibuat dengan baik dan lancar. 5 - 10 slaid power point memadai kerana masa amat terhad untuk bercakap panjang. Huraikan amalan diri sendiri dalam menangani isu. Elakkan sikap egoistik dalam menyatakan kejayaan yang dicapai. Begitu juga dengan pembentangan dalam bahasa Inggeris. Fikirkan sesuatu yang luar biasa, misalnya selitkan puisi atau deklemasikan sajak pendek.
Ujian akhir kursus sama seperti esei. Cuma hanya ketengahkan tiga isi bagi setiap soalan. Mulakan dengan pendahuluan yang baik. Perenggan isi hendaklah digarap dengan memasukkan ayat topik, huraian serta contoh, jangan lupa buat penegasan setiap perenggan isi. Yang penting kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa menampilkan perwatakan yang baik dan positif sepanjang kursus. InsyaAllah, bertawakkal, anda akan lulus dengan izin-Nya.
6 ulasan:
Terima kasih cikgu atas tips yang diberikan. Ianya amat membantu saya.Tips tersebut saya dah copy and paste dalam fail saya . Nanti saya akan sebarkan pada kawan-kawan saya yang turut pergi kursus tahun ini. Saya tak rasa cikgu nak bermegah, niat cikgu ikhlas untuk berkongsi bersama dengan rakan sekerja.Saya selalu teringat kata-kata pakar motivasi, untuk berjaya kita kena doakan orang lain berjaya.Kita harus berkongsi ilmu seperti yang kita selalu nasihatkan pada anak murid.Terima kasih sekali lagi.
Terima kasih Cikgu! Saya baru mendapat surat untuk menghadiri kursus ptk bulan julai ini. Memang saya berasa takut...so thank you for the tips. It really helps.God bless you!
Terima kasih cikgu. Saya juga akan berkursus pada 5 julai ini. Tapi saya masih kurang bersedia menulis esei yang dikehendaki, boleh ke tidak cikgu memberi contoh esei yang dah siap. Jasa cikgu moga diberkati.
Salam, kalau hendak esei lengkap saya, perkenalkan diri dan berikan emel, nanti saya hantarkan. Emel saya glateh@hotmail.com. Terima kasih.
Ghazali Lateh.
Tahniah..Sesungguhnya ilmu tanpa diamal adalah mati..Bagi mereka yang di luar sana yang masih kedekut ilmu, fikir-fikirlah sendiri..
Berbudi amalan mulia...
Catat Ulasan