Walaupun tanpa perancangan, jika masuk ke pasar,
ada-ada sahaja barangan yang tersangkut di tangan ketika keluar.
Gambar ini diambil pada hari Jumaat yang lalu, ketika aku membawa family ke Putrajaya. Persembahannya agak menarik tetapi terlalu pendek masanya.
Sejak beberapa hari yang lalu aku hanya menelusuri blog penulis-penulis hebat tanah air. Aku leka membaca catatan mereka yang hebat-hebat juga. Dalam banyak-banyak blog, aku menghabiskan banyak masa membaca catatan Cikgu Abu Hassan Morad yang menjalankan penggambaran dikumentasinya di Balkan. Dalam penulisan, Cikgu Hassan ialah contoh yang baik. Sentiasa menghasilkan karya yang baik. Tidak semestinya karya penulis lain tidak baik. Akan tetapi karya Cikgu Hassan bersifat kontemporari yang mudah ditanggapi oleh pembaca. Karya seperti inilah yang dapat menarik minat remaja untuk mendekati sastera.
1 ulasan:
Salam Dr Ghazali. Alhamdulillah dan tahniah atas semua kemenangan itu. Semoga bertambah keimanan dan kita bersyukur kepada-Nya. Semoga doa kita terus diperkenankan-Nya. Amin.
Catat Ulasan