Jumaat, Jun 06, 2008

Balik Kampung dan Jalan-jalan



Di lebuh raya Timur Barat. Di hentian ini, latar belakangnya sebuah jurang yang sangat dalam.



Pekan Selasa, Sik, Kedah. Setelah sekian lama (hampir 20 tahun) tidak membeli-belah di Pekan Selasa, Sik, aku sempat membeli-belah di sini. Selepas itu aku juga gembira kerana dapat berjumpa dengan dua orang rakan lama di SMK Sik dulu, iaitu Din Pak Teh Kor dan Zulkifli Samsir. Aku dan keluarga juga sempat berkunjung ke SMK Sik, bertemu dengan pengetua Puan Jamnah Pairan. Tahniah kepada guru-guru SMK Sik dan warganya kerana telah mendapat anugerah Sekolah Cemerlang dan mendapat peruntukan yang begitu banyak. Aku mula mengajar selepas menjalani latihan perguruan di Sekolah Menengah Sik, mulai 1984 - 1989.







Hadapan Hotel Ansar, Kota Bharu. Lihatlah insan di belakangku yang

membelek akhbar dengan serius kerana terkejut dengan kenaikan harga

minyak yang tidak membebankan rakyat. Aku terkejut semasa mengisi

minyak di lebuh raya Pantai Timur, hentian Gambang, separuh tangki

keretaku menelan kos RM112.00. Memang tidak membebankan rakyat.


Belakang rumah kakak, di Sik, Kedah. Langsat baru berputik.




Panasnya Seberang Takir. Sekadar ingin melihat tempat orang. Aduhh... panasnya bukan kepalang.



Naik bot ke Seberang Takir. Aku bimbang kerana bot yang aku naiki kudratnya setengah nyawa. Akan tetapi tidak bagi mereka yang sudah biasa berulang-alik melalui jalan air ini.





Monumen peringatan pembinaan

Lebuh Raya Timur Barat. 64 buah

jentera diletupkan pengganas semasa

pembinaan jalan ini. Beberapa nyawa

pekerja juga terkorban.



Anugerah alam. Dalam perjalanan ke Tanjung Dawai,

terdapat sebuah mata air semula jadi yang membekalkan

air mineral percuma kepada sesiapa sahaja. Ambillah,

tak habis-habis airnya mengalir. Aku ambil dua botol,

ihsan orang yang baik hati yang memberikan botol kepadaku.

Terima kasih.


















3 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

dr gazali,
ngapa mai sik tak habar kat aku ?
aku ada kat umah.
din pak teh kor tau umah ku.

Ghazali Lateh berkata...

Salam Pak Cha,
Minta maaf banyak-banyak kerana tak dan nak singgah. Saya pi Sik pun bawa emak saya yang sudah tua. Orang tua tu tak mahu sangat jalan-jalan. Jadi, saya hanya pi Pekan Selasa sat saja. Selebihnya duduk di rumah kakak sebelum bergegas pulang ke Guar Chempedak.

lutfi berkata...

Waduh, bapak Ghazali ini selalu ronda-ronda...walaupun saya orang baling, saya tak pernah singgah di sik.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...