Selasa, Januari 06, 2009

Setelah Sekian Lama

Setelah agak lama mendiamkan diri, kini saya kembali mengemaskinikan blog ini. Setelah berpindah, rumah baharu saya tidak dilengkapi dengan talian telefon. Kini setelah kembali bertugas barulah berpeluang untuk mengemaskinikan laman ini.

1 ulasan:

asalbayu berkata...

GAZA TERUS DIGEMPUR: APA SUMBANGAN KITA?

Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?

Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.

Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.

Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:

Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau lebih 500 jiwa.

Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!

Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin.

Barangkali ia boleh dilaksanakan oleh NGO.

Setakat ini dilihat seperti tiada mana-mana pihak tertarik dengan isu yang saya kemukakan sejak 5.1.2009 kepada banyak pihak. Saya juga mengajak ia dibincangkan di komuniti penyair esastera.com tetapi nampaknya ia tidak menarik untuk dibincangkan.

Perkara yang mendapat perhatian di esastera.com setakat ini ialah berkaitan peluang untuk merebut hadiah! Setakat ini fahamlah saya bahawa golongan seniman yang juga peka (seperti saranan Azizi Hj Abdullah semasa berlangsung Bengkel Penulisan Kreatif Inspen Alor Setar pada 28.11.2008) itu lebih mementingkan perjuangan untuk 'mengisi tembolok atau kantung' semata-mata. Apa kena mengena dengan penderitaan warga Palestin. Biarlah mereka bertelagah, kita peduli apa. Mereka berperang sejak dahulu jika diambilkira fakta sejarah adalah kerana zionis bermusuh dengan orang Arab disebabkan nasab keturunan. Zionis dari Sarah dan Arab dari Hajar, kedua-duanya adalah isteri Nabi Allah Ibrahim a.s.

Jika mereka hendak berbunuhan, biarlah. Posisinya jauh dari rumah kita. Kita masih boleh tidur nyenyak.

Andai begitulah sikap kita, jelaslah bahawa stigma kasihkan dunia atau hubbudunia masih tebal meskipun kita sudah hampir sedekad berada di alaf baru yang kejam dan tidak cakna!

Begitukah sikap kita?

Salam.

ABDUL HALIM YAACOB


http://www.esastera.com

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...