Roti tisu. Rasanya macam roti canai tetapi ada gula.
Pemakanan mempengaruhi kesihatan. Tapi orang kita (termasuk saya) tidak begitu mempedulikan perkara tersebut. Adakalanya, kita terfikir bahawa ajal dan maut itu kuasa Tuhan yang menentukan. Orang yangn aktif dan menjaga makan minum juga tidak terlepas daripada penyakit berbahaya. Namun itu hanya pandangan peribadi saya. Kadang-kadang saya juga bimbang dengan tabiat pemakanan orang kita (termasuk saya) yang tidak mempedulikan langsung soal pemakanan yang sihat dan seimbang.
3 ulasan:
Apa lagi yang hendak dikata? Makanan yang berbahaya untuk kesihatan adalah makanan yang enak! hahahaaa..
Pak Ghazali,
Saya suka capati kerana lebih sihat
al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
Marni dan Ibnu Ahmad Alkurauwi,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Tentang makanan ni, apabila usia semakin tua, kadang-kadang yang enak-enak semasa muda menjadi semakin tidak enak lagi. Jadi, ketika muda makanlah puas-puas, selagi tidak makanan itu tidak memudaratkan.
Catat Ulasan