Isnin, April 12, 2010

Racun

Kulihat di hadapan perjalanan
lebih banyak racun yang tertuang
menggugat atas nama kemahuan
menjadi juara bangsa.

Kata-kata di podium siasah
lebih banyak memudaratkan
kerana kuasa menukar manusia
menjadi serigala
menjadi dubuk savana
meratah apa-apa sahaja
biarpun meruntuhkan agama.

Kulihat racun membuak
di mana-mana
membunuh bangsa
memesong agama
dan demi kuasa dunia
ulama sudah mula menukar pesona
sang badut semakin bijak berbusana.

Aku ingin menyendiri
kerana racun memenuhi pawana
dan kita semakin terkesima
diladeni dogma sandiwara
manusia-manusia hina
kemaruk kuasa.

Banting,
12/4/2010

3 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam gL,

Terima kasih.
Dah dapat kontek Halim M.Noh.

Semoga sihat selalu.

Sajak tu cantik.

wassalam.

wan salmah berkata...

politik mmg jelek..

keikhlasan sukar ditemui..

cg ghazali, saya sedang menekuni puisi2 dlm laman sesawang cikgu..dan mungkin ada seuntai dua (dsb) yang saya petik..izinkan ya..
terima kasih..

Ghazali Lateh berkata...

Cikgu Wan. Puisi dalam laman ni hanya luahan hati saya secara spontan atau saya ambil dari koleksi lama saya. Jika berkenan ambillah, tapi puisinya biasa saja, tak best pun.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...