Beginilah rupa sepinggan rojak cecah yang harganya RM4.00 sepinggan. Lihatlah bekas sambalnya seperti baru diambil dari longkang. Bukan satu, semuanya begitu.
Petang semalam isteri saya mengajak saya ke Kelang untuk makan rojak cecah di bawah Emporium Makan. Rasa-rasanya sudah 10 tahun lebih kami tidak ke sana kerana kami jarang-jarang melalui Kelang jika hendak Ke KL. Kesesakan di Kelang sangat teruk. Tapi petang semalam saya bersetuju. Sesampai sahaja kami pun mencari gerai rojak cecah yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Malangnya gerai tersebut tutup. Kemudian kami dapati di lorongn bersebelahan ada sebuah gerai yang menjual rojak cecah. Tanpa berfikir panjang kami pun duduk dan memesan empat pinggan rojak.
Namun apabila rojak sampai, kami nampak ada kelainan. Rupa-rupanya gerai tersebut bukanlah gerai yang biasa kami masuk (Gerai mamak). Gerai ini diusahakan oleh orang Melayu. Saya berpandangan positif kerana sudah lama tidak makan rojak cecah. Malangnya, rojak yang dihantar ke meja kami amat menyedihkan. Tidak seperti yang rojak yang sebenarnya. Kuantitinya sangat sedikit dan hanya timun. Bekas sambalnya kotor berkeladak. Air yang dipesan pula seperti air paip yang dibubuh sedikit susu.
Akhirnya kami tahu bawa gerai tersebut ialah gerai ciplak. Saya ingat hanya karya sahaja orang ciplak, tak sangka perniagaan juga ada unsur ciplak. Tak sangka ada orang yang berniaga sanggup menipu untuk mendapat sedikit keuntungan. Apabila saya mahu membayar, harganya RM21.10. Yang 10 sen itupun tidak diberi diskuan.
4 ulasan:
tak boleh lawan rojak utara. sedap
Memang betui. Kalau pasai makanan memang tak boleh lawan kita belah sana. Aku rindu nak makan laksa Kuala Perlis, tapi yang bukan kuah belut. Cuti ni boleh kot...
Contact aku. La ni di Kuala Perlis popular laksa kak su. Mai la aku belanja gerenti bukan kuah belut..
Ok jugak. Jangan termakan kuah belut, balik muntah rata jalan macam Mat Hassan makan kuih rumah Cina Caruk Padang, makan bukan main banyak balik berenti muntah sepanjang jalan.
Catat Ulasan