Jumaat, Julai 02, 2010

Wajah Baharu Pantai Morib



Angin laut mendesah
membelai wajah
warna sore kian luntur
cahaya mantari mengendur
sesekali ombak menggempur
membasahi landskap Morib yang subur.
Wajahmu semakin ceria
dengan solekan cinta
dataran lapang menanti orang bertandang
jangan sampai jatuh kecundang
sebelum usiamu matang.
Sesekali datanglah
melihat Morib bakal meriah
menikmati angin laut
dan saujana ufuk
kala senja
rindu bertaut.
Dangau Marhaen
Banting
1 Julai 2010


2 ulasan:

iezz berkata...

Pergi mana-mana pun ada ilham yang datang. Saya ada jugak ke Morib tapi tak datang idea nak menulis sajak macam cikgu....

muhidz berkata...

Salam, boleh saya nak dapatkan feedback sedara berkenaan wajah baru pantai morib nii? Ada sebarang komen/cadangan?

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...