Sebaik sahaja sampai di Betong, saya berhenti untuk makan tengah hari di sebuah restoren Muslim. Menunya sama seperti kedai-kedai makanan Thai di Malaysia. Tek tarik pun ada.
Di Betong terdapat sebuah terowong peninggalan pengganas komunis dan hotspring. Saya tidak berkesempatan untuk melawat tempat-tempat tersebut kerana masa lebih banyak digunakan untuk beli-belah.
Semasa berjalan-jalan di pekan, saya berjumpa dengan Encik Anip. Dia seorang pemandu teksi. Saya meminta Encik Anip membawa saya meronda di pekan Betong. Dia membawa saya ke beberapa tempat. Encik Anip ketawa apabila saya beritahu saya menginap di Garden View Hotel. Ada sebabnya dia ketawa.
Gambar kabur ini disebabkan saya tidak cekap menggunakan DSLR. Salah satu tempat menarik di Betong. Sayangnya kurang penjagaan. Di sekitar bandarnya juga agak kotor dan tidak teratur. Lalu lintas juga kelam kabut.
Pertama kali saya melihat terung panjang berwarna hijau.
Rebung jeruk merupakan makanan kegemaran orang Betong. Di pasar ada sebuah gerai yang menjual rebung jeruk pelbagai jenis. Lawatan saya ke Betong menemukan jawaban betapa orang Malaysia ramai ke sana. Sebenarnya pekan ini hidup dengan rakyat Malaysia. Semasa di sempadan, saya mendapati pegawai imigresennya agak kurang mesra tetamu. Wajahnya masam dan tunjuk garang kepada pengunjung.
Kehidupan malam di pekan ini sangat luar biasa. Keadaan di pekan ini jauh rendah tarafnya berbanding di Malaysia. Apabila saya melawat di seberang sempadan, barulah saya tahu bahawa Malaysia ialah negara yang sangat baik berbanding negara-negara jiran.
1 ulasan:
salam, saya cdg nak bcuti di air panas pgkln hulu dn nak msuk ke betong bawa anak2 jalan.ada no contact teksi dari pgkln hulu untuk bawa ke betonh
Catat Ulasan