(Sebuah Sajak Reunion)
Sahabat,
pertemuan
adalah rajutan kasih
yang
hilang di arus masa
kita
bergelut untuk kembali
ke
taman masa lalu yang wangi
tapi
kita harus sedar
kembang
kian layu
lantaran
perjalanan sudah jauh
kita
limun denai-denai lampau
kerana
seadanya lumrah
dan
fitrah kehidupan.
Sahabat,
jangan
kita ungkit kekesalan
usah
ketawakan keberadaan
ingat...
kita
bukan seperti dasawarsa sirna
mandiri
di luar mata
apa
yang ada kini bukannya masa lalu
jangan
jeling perbezaan
atau
berbisik tentang kekurangan
seharusnya
bertemulah seperti dahulu
saat-saat
baru mengenal dunia
kita
remaja muda belia.
Sahabat,
jangan
bercerita tentang anak-anak
kerana
akan ada yang kurang enak
jangan
berkisah tentang pangkat
kerana
akan ada yang tersekat
jangan
bernuansa tentang kekayaan
kerana
akan ada yang kerengsaan
jangan
berborak tentang kehebatan
kerana
akan ada kerencatan
jangan
bercerita tentang jangkauan
kerana
akan ada yang kerisauan
Jangan bercitra tentang kelebihan
Kerana ada yang keresahan.
Sahabat,
ceritalah
tentang denai-denai yang dilalui
dan
kenangan yang paling bererti
yang
sama-sama kita alami
sebelum
berangkat membawa diri
cerita
tentang semua yang kita kongsi
tentang
masalah yang kita atasi
sehingga
kita seperti hari ini.
Sahabat,
bertemulah
kembali
agar
ukhuwah kembali mewangi.
Ghazali Lateh,
Banting,
Selangor.
14/4/2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan