Khamis, Mei 04, 2017

Sang Penyumpah

Dia telah diberikan kelebihan
dengan sumpahan yang mujarab
di sepanjang jalan ke sini
semuanya berubah tersumpah
oleh bibir sumbangnya.

Bebatu kejung itu kaku
haiwan paling jelek merangkak
manusia-manusia kafir tanpa tahu
semuanya hasil sumpahan keramat
sang penyumpah itu.

Tiba-tiba sahaja dia berpaling
mengutip bebatuan sambil merangkak
memeluk manusia kafir
rupa-rupanya dia tersumpah
dirinya sendiri
menjadi batu dan haiwan.

Dalam diam aku tertanya sendiri
“Tidakkah dia menjadi kafir
oleh sumpahannya sendiri?”

Ghazali Lateh
©Hak cipta terpelihara

30/4/2017

Tiada ulasan:

Travelog Jogjakarta 2026

Saya melancong ke Jogjakarta pada 11 Februari hingga 14 Februari.   Kunjungan ini merupakan kali kedua selepas 14 tahun.   Saya tiba di Kulo...