Pulau Bintan ialah
sebuah pulau di tenggara Pulau Batam. Pada
22 Mac 2017 saya telah berkunjung ke
Tanjung Pinang, Pulau Bintan. Tanpa
perancangan, saya memandu ke Johor Bahru.
Dalam pukul 3.30 petang saya tiba di jeti Stulang Laut. Saya mengambil
tiket feri untuk ke Tanjung Pinang. Feri
bertolak pada jalan 5.00 petang. Pada
jangkaan saya, perjalanan hanya mengambil masa selama satu setengah jam. Namun, apabila berada di dalam feri, saya
bertanya kepada penumpang lain, katanya tempoh perjalanan lebih daripada tiga
jam.
Saya tiba di Bandar Tanjung
Pinang sekitar dalam 8.00 mlm (7.00 ptg waktu Indonesia). Saya telah menempah hotel sewaktu di Stulang
Laut melalui aplikasi Booking.com.
Sesampai sahaja di Tjg Pinang, saya menyewa sebuah van untuk ke hotel yang
terletak tidak jauh sangat dari jeti.
Kemudian saya keluar makan.
Makanan di gerai sama seperti di Malaysia. Ada nasi goring kampung, nasi
pataya, dan sebagainya. Sebelum balik ke
hotel, kami sempat meronda di Dataran Tanjung Pinang.
Besoknya, kami ke
pasar di pekan Tanjung Pinang. Ada
berbagai-bagai sayuran yang unik. Di
sebuah gerai, kami makan roti canai. Di
samping kuah kari, kami diberikan juga sepiring acar timun untuk dimakan dengan
roti canai. Ikan kering banyak dijual
dan agak murah. Isteri saya sempat
membeli kain di bazaar. Kemudian kami
menaiki bot ke Pulau Penyengat.
Perjalanan dalam 10 hingga 15
minit sahaja. Kami menaiki sebuah beca
motor mengelilingi pulau. Kami melawat
makan Raja Ali Haji, pencipta Gurindam 12 yang terkenal itu. Kami ke pusat budaya Melayu. Sempat juga membeli tanjak. Rupa-rupanya tanjak merupakan pakaian biasa
di Bintan. Pada hari Jumaat, kebanyakan
pekerja awam memakai tanjak untuk ke pejabat.
Petang itu kami
mencari penginapan yang lain. Kami ke
Bintan Agro Resort. Suasananya sangat
tenang dan cantik. Kami tidur semalam di
resort tersebut. Besoknya kami kembali
ke kota. Singgah di pasar raya Matahari,
sebuah gedung beli-belah yang baharu. Kami
membeli beberapa pasang pakaian kerana harganya agak murah berbanding di
Malaysia. Sebelum pulang, kami ke bazaar
sekali lagi untuk beli-belah. Pukul 3.00
ptg (4.00 ptg waktu Malaysia) kami
menaiki feri untuk pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan