Hanya seminggu membuat
perancangan, saya berangkat ke Bangkok.
Pada hari Rabu 14 Ogos kami terbang ke Don Muang tanpa banyak
persediaan. Di Sesampai sahaja di hotel
penginapan di Silom, Bang Rak, kami mula turun merayau. Kami tidak ada tujuan. Hasrat yang paling jelas masa itu, kami mahu
mencari tempat untuk makan makanan halal.
Tiba-tiba saya teringat seorang
kawan yang menyatakan kawasan di Masjid Haroon.
Pada malam sebelumnya saya menonton youtube Mark Wein yang memaparkan
makanan di kawasan Masjid Haroon itu.
Kami menaiki tut tut. Akhirnya kami sampai di sekitar kawasan yang
didiami oleh penduduk Muslim. Ada
beberapa gerai tepi jalan yang menjual makanan halal. Kami makan malam di sebuah restoren yang agak
eksklusif di situ. Selepas itu saya ke
masjid Haroon untuk solat maghrib. Saya
bertanya penjaja tentang pasar malam di sekitar Bangkok. Beliau mencadangkan saya ke Asiatique atau
Riverfront.
Saya menempah perkhidmatan Grab
untuk ke sana. Benar, kawasan Asiatique
sangat meriah. Pengunjungnya ramai. Pelbagai barangan buah tangan ada dijual.
Terdapat juga pelbagai hiburan yang disediakan.
Setelah penat kami balik ke hotel dengan Grab. Perkhidmatan Grab di Bangkok sangat baik.
Hari kedua kami ke beberapa
destinasi tarikan pelancong di Bangkok.
Kami menempah sebuah van untuk bersiar-siar. Pemandunya Sam sangat baik dan mencadangkan
beberapa tempat kepada kami. Mula-mula kami mahu ke Floating Market. Dalam
perjalanan kami berhenti di Ladang Garam, iaitu tempat memproses garam daripada
air laut. Hari kedua aktiviti kami
tertumpu di floating market dan menunggang gajah di Damnoen Park.
Sam mencadangkan kami mencuba
Dinner Cruise di Sungai Chao Phraya.
Katanya jika tempahan dibuat melaluinya, harganya lebih murah. Kami menempah pelayaran makan malam yang
mengambil masa selama dua jam. Malam
itu kami makan malam di atas kapal White Orchid. Sam menempah tingkat paling atas di kapal
tersebut. Pemandangan di sekitar Sungai
Chao Phraya waktu malam sangat mengujakan.
Sam memberikan cadangan agar kami
ke Pattaya pada hari ketiga. Namun saya
sangat berhasrat untuk ke Kanchanaburi iaitu melihat jambatan dan landasan
kereta api maut di River Kwai. Cadangan
ke Pattaya juga menarik, tapi saya lebih suka melihat peninggalan sejarah
Perang Dunia Kedua. Kami bertolak ke
Kanchanaburi selepas sarapan. Sam
mewakilkan bapanya untuk membawa kami ke sana.
Perjalanan agak jauh itu dalam dua jam lebih. Kami melawat kawasan perkuburan Perang Dunia
Kedua, Jambatan Sungai Kwai dan Muzium Kereta Api Maut. Selepas itu kami kembali. Cadangan kami untuk melawat lading bunga
matahari tetapi waktu ini bukan musim bunga matahari. Hujan lebat sepanjang perjalanan pulang ke
Bangkok.
Malam itu kami berjalan-jalan di
sekitar kawasan hotel. Ternyata Bangkok
sangat ramai pelancong. Mereka
menggunakan segala sumber yang ada untuk menarik pelancong. Suasana Bandar bersih dan penduduk Bangkok
sangat mesra dan suka membantu.
Pada hari ketiga kami menaiki
Grab ke Chaktuchak Market. Pasar ini
sangat besar sehingga saya berasa penat berjalan. Bermacam-macam barang dijual di pasar
ini. Terdapat beberapa buah warong
makanan halal di kawasan pasar ini.
Jadi, tidak sukar bagi pengunjung Muslim untuk makan di sini. Kami balik ke hotel dan berkemas untuk pulang.
Keseluruhannya, lawatan ke
Bangkok adalah menyeronokkan. Banyak
perkara yang boleh diterokai semasa di kota ini. Bangkok sangat besar kotanya dan agak maju
dari segi infrastruktur dan juga sistem pengangkutan awamnya. Jalan rayanya
baik. MRT juga sangat efisien. Sebagai sebuah kota besar, kesesakan lalu
lintas memang satu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan