Isnin, Januari 27, 2020

Travelog Chiang Mai 2020


Saya telah ke Chiang Mai npada 24  Januari 2020.  Pada awalnya saya akan bertolak pada 23 haribulan, tetapi terpaksa ditangguh kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.  Kami beranhkap pada jam 6.55 pagi dan sampai ke Chiang Mai pada 8.55 waktu tempatan.  Waktu di Thailand lewat satu jam daripada Malaysia.




Sesampai di lapangan terbang, saya terus menyewa sebuah kereta lengkap dengan pemandu.  Kereta jenis Toyota Fortuner, sangat selesa untuk tiga orang.  Kami dibawa beberapa tempat tarikan pelancong di Chiang Mai.  Mula-mula sekali kami ke Long Neck Karen iaitu perkampungan suku Karen dari Myanmar.  Mereka suku kamu asli yang menggunakan gelingan keluli sebagai hiasan di leher mereka.  Untuk masuk ke kawasan ini, kami perlu membayar 500 Baht seorang (dalam RM68.00).  Kami membeli cenderamata buat mereka sebagai kenang-kenangan.





Kami singgah di taman orkid Chiang Mai.  Terdapat beberapa spisies orkid di taman itu, tetapi tidak begitu banyak.  Pelbagai cenderamata yang diperbuat daripada orkid dijual. 







Kemudian kami dibawa ke Kingdom of Tiger.   Bayaran masuk ke taman harimau ini adalah 800 baht seorang.  Di dalam kawasan ini pengunjung dapat bergambar dan menyentuh harimau.  Namun kami tidak masuk kerana bimbang akan risiko dan bahaya.  Kami meneruskan perjalanan ke kawasan perusahaan sutera Thai.  Kami dapat melihat proses menghasilkan sutera dari ulat hinggalah ke pakaian yang sudah siap. 




Kami makan tengah hari di Restoren Takawa, iaitu sebuah kedai makanan Muslim.  Masakannya enak.  Selepas itu barulah kami mendaftar masuk ke hotel.  Pada sebelah malam, terdapat pasar malam yang sangat meriah di hadapan hotel penginapan kami.  Kami menerokai pasar sehingga lewat malam.  Ada beberapa restoren dan penjaja halal di sepanjang pasar.  Pelbagai jenis jualan terdapat di sini. Pengunjungnya juga ramai.  Kami makan malam di sebuah warong roti canai di dalam kawasan pasar itu.













Besoknya, selepas sarapan kami membeli nasi goring untuk dijadikan bekal.  Kami akan ke Doi Inthanon, iaitu kawasan tanah tinggi yang menempatkan pagoda yang besar.  Di sepanjang jalan, terdapat kawasan penenaman bawang yang luas.  Sayangnya saya tidak berhenti untuk bergambar.   Di kemuncak gunung, suhunya sangat sejuk iaitu 12OC.  Kami menggigil kesejukan.  Di sekitar pagoda terdapat taman yang indah.  Apa yang dapat dilihat, orang Thailand sangat menyanjungi raja mereka. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di Mong Market, pasar jualan buah-buahan dan sayur-sayuran tanah tinggi.  Saya membeli epal dan pisang kaki yang sangat segar.  Kami berhenti makan tengah hari di air terjun Wachirathan yang cantik.














Kami kembali ke Chiang Mai awal sebab pada malam itu kami akan melawat di Night Safari.  Bayaranya 800 baht seorang.  Lawatan dimulakan dengan persembahan kesenian.  Kami menaiki tram untuk masuk ke kawasan binatang sambil diberikan penerangan oleh staf yang bertugas.  Safari terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian Asia dan Afrika.  Akhir sekali terdapat pertunjukan haiwan.  Yang menariknya, tiada manusia tampil di pentas tetapi binatang dilepaskan sendirinya untuk beraksi.  Binatang yang dipertontonkan termasuklah memerang, hyena, landak, binturong, babi hutan, jaguar, anjing liar, beberapa spisies harimau dan sebagainya.




Kami balik ke Bandar dan berjalan lagi di pasar malam untuk membeli buah tangan. Kami makan malam di sebuah restoren Turki.







Pada hari terakhir, kami bangun dan meneroka kawasan sekitar.  Bersarapan di sebuah restoren muslim. Bergambar dan membeli barang-barang tempatan untuk dibawa pulang.  Tepat jam 12.00 tengah hari waktu tempatan, kami berangkat ke lapangan terbang untuk pulang.

Tiada ulasan:

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...