Buku ulang kaji SPM ini sepatutnya terbit lebih awal, namun oleh sebab penulis terpaksa menunggu bahan Komsas yang terkini diumumkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM, penerbitan buku ini tertangguh. Buku ini ialah buku terbaru saya dan Cikgu Ghalib di pasaran. Di dalamnya disertakan juga sisipan ulasan novel yang dibuat oleh penulis dan penyair terkenal tanah air iaitu Sdr Aminhad. Bagi murid-murid yang menduduki SPM tahun ini, jangan lupa untuk mendapatkan buku ini di pasaran. Jumaat, Februari 26, 2010
Buku Terkini Saya
Buku ulang kaji SPM ini sepatutnya terbit lebih awal, namun oleh sebab penulis terpaksa menunggu bahan Komsas yang terkini diumumkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM, penerbitan buku ini tertangguh. Buku ini ialah buku terbaru saya dan Cikgu Ghalib di pasaran. Di dalamnya disertakan juga sisipan ulasan novel yang dibuat oleh penulis dan penyair terkenal tanah air iaitu Sdr Aminhad. Bagi murid-murid yang menduduki SPM tahun ini, jangan lupa untuk mendapatkan buku ini di pasaran. Khamis, Februari 25, 2010
Nostalgia Kampungku
Syarahan Sastera
Rabu, Februari 24, 2010
Selasa, Februari 23, 2010
Lelaki Yang Bermain Seruling
Selain aku?
Tanpa nota irama,
Hanya gerak rasa ritma jiwa,
Mengimbau dari tanah kelahiran,
Ke laman kota penuh nostalgia.
Di sini tiada lagi kiranya,
Lelaki yang ingin meniup seruling,
Kerana kehidupan jauh berbeza,
Dicemburui masa,
Dihambat cempera dunia,
Ke pojok durja.
Malam tetap bangkit di sini,
Tanpa titip kasih dan rindu,
Pada musim berlalu,
Kerana kita sudah jauh meninggalkan,
Mesra desa,
Lapang ladang,
Rimbun kebun.
Aku ingin terus bermain seruling,
Tanda jiwa belum alpa,
Asal-usul jejak mula,
Sebelum terkembang,
Sayap pesona.
Banting,
8/10/2003
Isnin, Februari 22, 2010
Aku dan Malam

Jumaat, Februari 19, 2010
Kunjungan Rakan-rakan
Dari kiri Cikgu Ghalib, saya, Encik Amin Minhad, dan Cikgu Khir KassimPekan Rabu Tika Senja
ketika senja menyapa,
neon muram mendamba malam,
penjaja menyorong pulang dagangan,
dengan laba di tangan.
Aku masih termangu,
menanti detik berlalu,
ketika jalan sudah longgar,
aku masih mencongak wajar,
ingin terus di sini,
atau kembali mengejar destinasi.
Perjalanan pun semakin samar,
dan kudrat sudah mula pudar.
tiba-tiba sahaja aku meraih sedar,
akulah perantau yang terdampar,
tega mengejar impian besar.
Pekan Rabu tidak banyak berubah,
hanya aku yang jauh melangkah,
meninggalkan musim gelisah,
zaman remaja yang gundah.
Pekan Rabu,
Alor Setar,
16 Feb 2010.
Rabu, Februari 17, 2010
Jakarta dan Bandung
Balik Kampung
Tiga hari lepas saya balik kampung ke Kedah. Perjalanan balik agak lancar kerana lebuh raya tidak begitu sesak. Satu perkara penting setiap kali saya balik kampung adalah berkunjung ke Tanjung Dawai, di Yan. Di Tanjung Dawai terdapat sebuah gerai ikan bakar yang baik. Hari itu saya membawa keluarga dan ibu saya ke sana. Pengunjung terlalu ramai hingga tidak ada tempat duduk, terpaksa tunggu orang habis makan baru dapat tempat duduk. Makanannya sangat enak, yang penting servisnya cepat sebab ikan-ikan bakar sudah sedia untuk dipilih. Harga makanannya juga murah berbanding di Melaka atau di tempat-tempat lain yang pernah saya pergi. Satu keluarga makan, ikan siakap besar, udang, ikan pari, kari ikan, kerabu, dan ulam-ulam, hanya RM68.00.
Satu lagi perkara penting ialah sarapan nasi lemak kecik (mengikut istilah anak-anak saya). Di Guar Chempedak, adalah menjadi perkara biasa, nasi lemak dibungkus kecil-kecil. Dulu harganya 20 sen tetapi sekarang sudah jadi 50 sen sebungkus. Enak, dan biasanya kita akan maskan dua atau tiga bungkus sekali. Lauknya juga pelbagai termasuk sambal ikan kembung.
Kami sekeluarga juga sempat ke Pdg Besar dan shopping di Kompleks Bebas Cukai. Laluan masuk ke Thailand sangat sesak (dengan kereta dari Malaysia). Saya terlupa membawa pasport jadi memadai hanya melawat kedai bebas cukai dan membeli beberapa barangan. Gambar di bawah saya ambil di Bazar Padang Besar. Seorang lelaki berkaki palsu duduk di tangga bazar untuk meminta sedekah. Saya rasa pihak berwajib perlu memantau situasi ini untuk mengelakkan imej negara terjejas. Ramai pelancong luar yang berkunjung di tempat ini.Sabtu, Februari 13, 2010
Apa Yang Terjadi
Sehingga suara kita tidak lagi berhasil,
Menterjemah fikir ke wasiat putih,
Melafaz lunak rasa terbuku kelu,
Jumud dan kaku.
Ketika ada yang bangkit,
Membongkar nyedar di luar lorong,
Dialah pesalah maha besar,
Yang kita ikat tangan dan obsesi,
Kita tambat hati dan naluri,
Terhumban yojana ke dasar mimpi.
Lalu kitapun tertanya-tanya arah sendiri,
Yang lama kita padam dalam peta syurgawi,
Dengan dahagi fanatisme yang muncus,
Kita buang logisme beralas mulus,
Kita bakar segala wajar yang harus.
Apa yang terjadi,
Kita berbabil tentang lorong pilihan,
Dan kita tidak pernah mahu menyatukan,
Duniawi ukhrawi adalah sempadan jauh,
Tidak tercantum oleh jiwa yang rusuh.
Tuhan tetap maha mengetahui sehalus zarah,
Nawaitu umat-Nya yang menetap arah,
Tiada siapa yang berhak mengaku diri,
Bahawa dialah yang akan terpilih,
Untuk berada di padang yang putih.
Telok Datok,
2/10/02
Rabu, Februari 10, 2010
Penangguhan Seminar
Jika tiada halangan, saya juga akan membawa buku ulasan yang diterbitkan oleh Cerdik Publication jika ada guru-guru pelatih yang berminat untuk membelinya. Untuk maklumat lanjut, saya boleh dihubungi melalui emel glateh@blogspot.com.
Selasa, Februari 09, 2010
Tukang Perangkap
yang sekian lama membina
sebuah perangkap besar
bahannya waja sembilan bangsa
tersepuh oleh tangan perkasa
yang sudah ternama.
Dia amat berbangga
apabila semua yang datang melempar puja
akan kehebatan dan tanda nama
tentang keutuhan dan kesohoran
yang tertulis pada papan tanda.
Dialah tukang perangkap
yang berbangga dengan kunci panca tembaga
tidak terlawan kudrat seribu mangsa
gegar ketawa menggetar angkasa
menawan siapa yang terleka.
Dialah tukang perangkap
yang sekian kalinya terbawa
oleh egonya ke dalam sangkar
yang tegar lagi kukuh
dan ketika ingin meraikan keangkuhan
dia sedari dirinya dalam perangkap itu
dan kuncinya ada padaku.
Ghazali Lateh,
Banting,
21 Mac 2004
Ahad, Februari 07, 2010
Langkah
Sabtu, Februari 06, 2010
Hanya Memori
Bercambah menjadi pohon-pohon gelisah,
Yang berduri dan beracun,
Ketika ingin kupetik sekuntum kembang,
Kudup itu telah hilang,
Dalam sekilas pandang.
Telah kupilih jalan yang lain,
Memujuk hati pedih dan terkilan,
Kupujuk kecewa biar tidak terbawa,
Dalam arus mencengkam rasa,
Hampa!
Kini tiba-tiba sahaja,
Kauhadir bercerita tentang musim-musim derita,
Yang kau jumpa dalam igauan bahagia,
Terimpikan semenjak remaja,
Dan aku bukan tempatnya.
Kiranya aku hanya sebuah pangkalan,
Tempat persinggahan ketika ombak merusuh,
Dan kau akan berangkat lagi,
Meninggalkan gundah dan impian pecah,
Dalam memori hati yang patah.
Hotel Belmont marco Polo,
Tawau.
31/10/2002
Rabu, Februari 03, 2010
Dunia Dari Tingkap Pesawat
Melontar pandang terhalang,
Membuang imbau terhadang,
Gusar pun mekar,
Atas padang risau nan melebar,
Tiap detik mengundang serik,
Tiap saat melamar gugat.
Kehidupan ini bukan untuk dikongkong,
Kerana kita harus terus bebas,
Melakar fantasi yang lepas,
Mengukir ilusi yang luas.
Terjajah bukan terikat tangan,
Tenatnya kita diikat pemikiran,
Semuanya sempit terhimpit,
Semuanya getir dan pahit.
Melihat dunia dari tingkap pesawat,
Luas yang memeritkan,
Bebas tapi menyakitkan,
Lepas tapi membelitkan.
Aku ingin segera pulang,
Mengutip sejarah yang terbuang,
Tentang kebebasan, tentang keperkasaan,
Untuk memerdekakan setiap ruang,
Tanah air yang gemilang.
Brunei,
11.20 pg.
28/10/02
Selasa, Februari 02, 2010
Aku Hanya
Hilang dalam ombak membuak,
Sirna dalam buih memutih,
Tanpa kuala, tanpa muara,
Yang ada hanya tega,
Di riak duka.
Aku hanya sebilah dalam seberkas,
Samar dalam nasib menghimpit,
Luluh dalam cengkam menikam,
Tanpa luang, tanpa ruang,
Yang ada hanya janji,
Di datar sepi.
Aku hanya sedetik dalam semusim,
Lepas dalam jejak membekas,
Alpa dalam saat yang hiba,
Tanpa pantas, tanpa lantas,
Yang ada hanya rugi,
Di laman hari.
Aku hanya sebutir dalam segenggam,
Lupus dalam maya yang mulus,
Lebur dalam rupa yang kabur,
Tanpa tunas, tanpa bernas,
Yang ada hanya tumpas,
Di lapang tewas.
Aku hanya seorang dalam sedunia,
Kerdil dalam darjat mencuat,
Terpencil dalam diri mandiri,
Tanpa langkah, tanpa arah,
Yang ada hanya tabah,
Di sisi maruah.
Ghazali Lateh,
Banting,
12/1/2004
Ahad, Januari 31, 2010
Makan Angin Bersama-sama Keluarga


Pemandangan replika Flor de La Mar dari atas Menara Tamingsari.
Pada sebelah petang dan malamnya, kami menghabiskan masa di Bandar Melaka. Banyak perubahan yang dilakukan dan Bandar Melaka semakin cantik. Cuma, kesesakan lalu lintas amat serius, sehingga saya mengambil masa hampir sejam untuk keluar dari bandar. Saya dan keluarga sempat menaiki Menara Tamingsari. Dengan bayaran RM10 (bagi rakyat Malaysia) kita dapat menikmati keindahan pemandangan malam di bandar Melaka.
Sabtu, Januari 30, 2010
Baru Terfikir
Khamis, Januari 28, 2010
Di Bawah Satu
Terpecah dengan tafsir dan hujjah,
suarapun sirna,
untuk melaungkan roh dan jiwa,
ke horizon saujana, tiada gema
dari kubah-kubah menerjah angkasa,
seperti sewajarnya sabda.
Lihatlah tangan-tangan tega
memutuskan jemari dan denyut nadi
sakitnya tetap terasa di kelopak mata
seagama bagai satu indera,
luka, dan darahnya menyala.
Sukarnya jika kita terlalu membawa haluan,
dengan keangkuhan menabir kebenaran,
ke mana arah, biar tersemat ingatan dan pesanan,
berdirilah di bawah satu akidah,
seperti di mahsyar nanti tiada bezanya,
tetapi duniawi tetap menampil uji,
hingga kehilangan harga diri,
dipulas dogma sendiri.
Bangunlah di bawah satu keyakinan,
dan berdirilah di bawah satu keberanian,
memadam perbezaan dengan dalil suci,
memancarkan hidayah agama harmoni,
dalam padu duniawi dan ukhrawi,
melebarkan sayap keagungan firman,
ke ufuk zaman.
Bergeraklah kita dengan tangan berpimpin,
di bawah satu,
segalanya.
12/12/05
Banting.
Rabu, Januari 27, 2010
Bahang
setiap penjuru buana tiba-tiba berbara
salju mula hilang dari ensiklopedia cuaca
luntur dan menutup garis segara
mengubah atur cara alam maya.
Barangkali Tuhan sedang mewahyukan petanda
bahawa perjalanan sudah sampai ke hujungnya
kerana kita semakin lama kian terlupa
untuk menjunjung syumul agenda
dilanggar arus pancaroba.
Renta dunia bakal terbayang di depan mata
dengan robek rupa dan lusuh warna
angkara warga yang semakin cempera
memperagakan pesona kuasa
mempamerkan wacana bernoda.
Ke manakah harus kita sembunyi
dari panasnya amarah bumi
bagaimanakah harus membawa diri
pabila maya kehilangan simpati.
27/1/2010
Selasa, Januari 26, 2010
Seperti Seekor Burung Sepi

Seperti seekor burung sepi
melayah di bingkai senja
mencari ranting nostalgia.
Begitulah aku
perit menampal usia
ketika warna maut
semakin telus
dalam kudrat tersisa
aku menghitung laku
di sebalik debu-debu.
Seperti seekor burung sepi
melarik mimpi dinihari,
mengejar rindu berlari,
Begitulah aku,
jelak memukat impian yang rawan,
sehingga kehilangan jalan,
ketika tega berpaling,
suara takwa semakin sumbang,
dan nafsu bernyanyi garang.
Seperti seekor burung sepi
meredah kelam ke pucuk malam,
menyapa cahaya.
Begitulah aku,
jerih menampung retak iman,
ketika amaran Tuhan,
terpalit pada kedut wajah
dan langkah yang payah,
di pojok ini aku menganyam taubat
dalam tangis yang sarat.
Seperti seekor burung sepi,
Mengirai mersik embun pagi,
dan terbang lagi,
Begitulah aku
jenuh menjemur hasrat yang basah,
ketika sekelip cahaya suria
semakin sirna
dan sebelum tiba musim gerhana
aku ingin bangun berdiri
pabila azan meninggi.
Banting.
12/2/1999
Isnin, Januari 25, 2010
Mencari
sebuah padang hitam mengufuk
tiada ufuk, jauh
tiada jauh, dekat
tiada dekat!
Dengan tongkat ilalang yang kukutip ketika angin bersuara
memanggil setiap juzuk hati untuk mencari
setiap juzuk mata untuk mencari
setiap juzuk telinga untuk mencari.
Siapakah bakal menempa kersani zuhud
sebelum usia menjadi renta
dan mimpi semakin kabur lalu terpadam?
justeru untuk mencari zauq
untuk mencari cinta Ilahi
siapa pula yang menjunjung hulul al Hallaj
atau wahdatul wujud Ibnu ‘Arabi
sedang kita kehilangan deria pesaka dalam dada.
Dan padang hitam pun dekat, jauh dan mengufuk,
aku kembali mencari dalam peta diri
kerana lorong-lorong dunia telah sirna
dipagut semilir resah
terpana dalam basah
ketika mencari dan mencari
aku perlu melepas tali duniawi
mengikat nurani.
Banting,
28/2/2001
Sabtu, Januari 23, 2010
Pengunjung dari Oslo
Bahana
yang tercengkam dicakar bencana
di sini kita masih menghitung laba
merancang usaha meraih kuasa
sehingga terlupa semua petaka
yang bakal terjadi tanpa rencana.
Selalunya kita tidak pernah berbicara
tentang kemelut dan karut kata-kata
menyumpah sesiapa sahaja
menista tidak kira masa
dan nescaya sanjungan tetap akan tiba.
Renunglah sejenak akan harga agama
kenanglah sejurus akan maruah bangsa
jangan sampai suatu ketika
ummah seagama tidak lagi kita bela
saudara sebangsa kita cela sehabis hina
dan kita bangga atas nama mahkota kuasa
biarpun tega menggadai segalanya.
Insaflah sejenak manusia di barisan hadapan
di tangan mereka tergantung sejuta harapan
usah kuasa menjadi taruhan gemerlapan
sanggup kau gadai masa depan.
Bangsaku jangan kehilangan nama
kerana siasah urusan dunia cuma
bertelingkah bertelagah bukan harganya percuma
pasti kelak kita kesal selama-lama.
23/1/2010
Khamis, Januari 21, 2010
Pencatat Luka
Dari Lembah ke Puncak: Sekilas Imbasan Struktural
Rabu, Januari 20, 2010
Jangan Berhenti
Jangan berhenti dan teruslah mencari,
kerana perjalanan masih jauh lagi
untuk menobatkan kepuasan di takhta hati
menikmati dan menghiasi semua mimpi
yang bakal menjadi pasti.
Jangan cepat berkata cukup
kerana pencarian tidak pernah tertutup
Tuhan membuka jalan
memberikan kurniaan
kita hanya tetapkan iman
tepislah segala hasutan
seribu acuman.
Jangan berhenti untuk berharap
kerana citra akan ampuh tergarap
pemenang tidak pernah mengalah
pejuang tidak pernah menyerah.
Jangan berhenti selagi Dia memberkati
kerana semua jalan akan menuju satu destinasi.
Selasa, Januari 19, 2010
Implikasi harga minyak berbeza-beza
Kenaikan baharu sayaBerdasarkan keputusan kerajaan melalui kementerian yang terlibat, rakyat Malaysia akan membayar harga petrol dan diesel yang berbeza-beza tidak lama lagi. Perbezaan harga minyak tersebut berdasarkan kapasiti kenderaan yang dimiliki oleh pengguna. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan subsidi petrolium yang dikatakan terlalu tinggi. Sebagai rakyat Malaysia, saya menerima khabar ini dengan beberapa andaian.
Keputusan membeza-bezakan harga minyak mengikut status rakyat merupakan tindakan yang tidak adil. Walaupun dari segi kemampuan untuk memiliki kenderaan berkapasiti besar dikira sebagai indikasi status, namun kumpulan ini telahpun dikenakan bayaran cukai jalan yang jauh lebih tinggi. Mereka juga terpaksa membayar insurans yang tinggi untuk melindungi kenderaan mereka. Oleh yang demikian tindakan tersebut seolah-olah menghalang rakyat yang berpendapatan tinggi dan sederhana menikmati kemewahan yang dimiliki oleh negara ini.
Selain itu, tindakan ini juga akan mengakibatkan berlakunya penipuan. Pelbagai cara akan dilakukan untuk menipu supaya rakyat mendapat harga minyak yang rendah seperti rakan-rakan yang memiliki kenderaan kapasiti rendah. Tidak mustahil nanti akan ada penjualan petrol di pasaran gelap dan juga masyarakat yang mengambil peluang untuk menjual petrol yang diperoleh dengan harga rendah kepada mereka yang terpaksa membayar harga yang tinggi. Hal ini sudah berlaku semasa kerajaan memberikan subsidi kepada nelayan-nelayan suatu waktu dahulu. Oleh yang demikian, penguatkuasaan ini sudah tentu mencetuskan pelbagai kes jenayah di negara ini.
Pelaksanaan dasar ini juga dilihat sebagai membelakangkan gagasan 1 Malaysia yang berteraskan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Dalam hubungan ini sudah pasti perbezaan layanan kepada golongan tertentu akan menjejaskan usaha merealisasikan gagasan tersebut. Hal ini seolah-olah wujud ‘double standard’ dalam kalangan rakyat Malaysia yang sepatutnya menerima hak dan layanan yang sama dalam apa-apa keadaan sekalipun. Tindakan ini juga tidak menggalakkan rakyat Malaysia berusaha untuk menjadi masyarakat berpendapatan tinggi seperti yang diuar-uarkan dalam Bajet 2010 yang lalu. Rakyat lebih selesa berada dalam kelompok berpendapatan rendah kerana mereka akan lebih mendapat perhatian dan pembelaan kerajaan berbanding pihak yang berpendapatan tinggi dan sederhana.
Tidak keterlaluan juga jika diandaikan keputusan tersebut akan mendatangkan impak besar dalam pilihan raya akan datang. Jika trend ini berterusan kerajaan akan kehilangan sokongan golongan profesional dan elit kerana kumpulan berasa dianaktirikan dalam apa-apa dasar yang digubal. Oleh yang demikian, mereka akan mencari pentadbiran baharu yang lebih mesra rakyat tidak mengira status pendapatan dan latar belakang sosioekonomi. Jika hal ini berlaku maka keadaan politik negara akan menjadi lebih kucar-kacir daripada keadaan yang ada sekarang.
Oleh yang demikian, kerajaan perlu membuat kajian yang mendalam sebelum sesuatu dasar yang melibatkan rakyat diputuskan. Walaupun rakyat berdiam diri, hal ini tidak semestinya bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan-keputusan yang tidak mengambil kira perasaan rakyat akan mendatangkan implikasi jangka panjang yang sukar untuk ditangani.
Ucapan Tahniah
Khamis, Januari 14, 2010
Kasut Kelopak Jantung

Sabtu, Januari 09, 2010
Si Pemain Api
dan minyak yang terhambur dari lidahnya,
memuntahkan bahang dan cahaya,
celaka.
Pemain api itu, dialah,
dengan bodohnya mencucuh hati,
kerana dia tahu di tangan ada belantan kuasa,
atas nama kanun raksasa,
sesiapa jua tidak mampu menahannya.
Dan kini api itu telah marak,
membakar emosi dan aksi,
pemain api itu hanya tersenyum,
kerana di tangannya masih ada obor,
dan bebunga api yang melantun
ke kaki kami.
Siapakah pemain api itu...
langsung namanya tidak diserbu,
kerana dia berada di bawah payung kuasa,
sedangkan di jalanan api mula membakar sukma kami,
rentunglah kesabaran dan semua alasan,
kerana kepanasan sudah tidak tertahan.
Bunuhlah di pemain api itu,
kerana dialah yang mencetuskan segala musibah,
yang mula bercambah.
Politik Ambil Hati
Ahad, Januari 03, 2010
Penyair, Cinta, dan Sebuah Masjid (Catatan untuk Seorang Teman)
Menyentuh segala deria dan jiwa
Dia memugar ilusi
Menjangkau sanubari
Menawan nurani
Menjajah hati.
Banyak hati terbeli
Dan banyak janji terpatri
Sang penyair pun menghiasi malam-malam suram
Dengan semua puisi yang agam
Meluahkan suara temaram
Membisikkan rindu terpendam
Mengheret hati yang kusam
Ke puncak ilham.
Ketika cinta memuncak
Rindupun membugar kelopak
Di sini sehampar kasih
Di sini selaut cinta
Di sini segunung sayang
Di sini selembah harapan
Cinta yang dibeli dengan kata-kata
Kiranya mengundang mega bencana
Malap malam kini menutup ruang
Menutup matang
Menutup bebayang
Tinta kesumba tidak terbaca lagi
Bait-bait cinta hilang dalam rancu mimpi
Sang penyair pun mencuba sekuat hati
Mengukir arca berahi
Yang pecah di sudut emosi
Muazin yang melaungkan kebesaran
Adalah takdir yang memanggil
Sang penyair gontai membilang langkah
Dan harus pasrah
Dalam sujud yang kalah
Ketika dia meninggalkan laman
Tertoleh melihat kebesaran
Bahawa sebuah masjid harus dipertahankan
Biarpun diancam ribut dan taufan.
Banting
1/1/10
Ghazali Lateh
Di UniKL
Sabtu, Disember 26, 2009
Mendung

Selasa, Disember 22, 2009
Seperti Air
Jumaat, Disember 18, 2009
Dua Hari di Kuala Lumpur
Selasa, Disember 15, 2009
Apakah Mereka Berasa Bosan?
Jumaat, Disember 11, 2009
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...



