Ahad, April 08, 2007

Ingin Jadi Penulis Ternama?

Ingin jadi penulis ternama? Dalam perbualan dengan rakan-rakan penulis ada tercetus isu tentang penulis yang sering mengutarakan kontroversi dalam penulisan. Ada juga disentuh beberapa orang penulis mapan masa lampau dan kini yang mencipta nama hasil tulisan yang kontroversi.

Kata Omar Mamat, kalau ingin cepat terkenal tulislah karya yang kontroversi. Beliau memberi contoh Salman Rushdie dan Taslima Nasreen, yang menjadi gah kerana karya yang menghina Islam. Penulis begini akan disanjung oleh barat.

Persoalannya, wajarkah penulis negara kita yang berkarya atas landasan agama Islam dan budaya Melayu menelurkan karya-karya kontroversi, hanya semata-mata kerana mahu menjadi tersohor?

Bagi saya masing-masing ada agenda dan cara sendiri untuk dikenali. Apabila sesuatu karya ditulis, penulisnya perlu memikul tanggungjawab yang besar kerana karya itu dibaca orang.

1 ulasan:

lutfi berkata...

karya kontroversi, kadang-kadang macam sejenis senjata. Senjata itu mungkin digunakan oleh penulis untuk tujuannya, tapi lebih banyak dimanipulasi orang orang lain untuk tujuan-tujuan tertentu yang merosakkan. Dan sampai masanya, orang akan lupa karya kontoversi. Yg orang akan ingat, ialah karya yang mengungkapkan kebenaran.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...