Tanpa disedari, cuti sekolah sudah berakhir dan besok bermulalah rutin guru seperti biasa. Semasa cuti yang lalu saya tidak bercuti kerana terpaksa ke UPM untuk beberapa urusan. Satu urusan yang agak penting ialah sokongan pihak universiti itu untuk saya buat rayuan pelepasan dari KPM. Mudah-mudahan hasilnya positif.
Sepanjang cuti juga saya di rumah kerana urusan renovasi yang belum selesai. Ada juga beberapa projek yang datang mendadak dan perlu saya tekuni sepenuh perhatian. Selain itu masa cuti ini saya penuhi dengan menyediakan slaid kuliah, slaid ceramah yang akan saya sampaikan pada penghujung Mac dan awal April nanti.
Dalam masa cuti ini juga saya dikunjung oleh bekas-bekas murid yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Saya bangga dengan mereka dan mereka tidak melupakan jasa guru mereka.
1 ulasan:
Saya doakan semoga urusan pelepasan dari KPM dipermudah dan diluluskan. Ameen! Bolehlah kita 'berjiran' kampus. HEhe..
Catat Ulasan