Jumaat, Mac 27, 2009

Ceramah tentang proses kreatif

Pada 31 Mac sampai 3 April, saya telah dijemput untuk menyampaikan cermah tentang proses penulisan cerpen kepada pensyarah-pensyarah maktab perguruan bertempat di Hotel Empress, Salak Tinggi. Saya sebenarnya bukanlah penulis besar, jadi saya hanya ingin berkongsi pengalaman selama saya terlibat secara langsung dalam penulisan. Sejak 1993 saya baru menghasilkan 115 cerpen yang tersiar, jadi pengalaman saya masih kurang. Namun untuk tujuan perkongsian pengalaman saya gagahi juga untuk menyediakan bahan-bahan ceramah dan bengkei itu nanti. Mudah-mudahan akan ada manfaat daripada sesi itu nanti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah Doc,
panjangkanlah ilmu tu.
Selalunya, org yg dah
berkarya diberkati
ilmunya utk menyampaikan
ilmu yg dimiliki. Mcm
guru silat. Tak ada guru,
anak buah nak belajar dengan saper?
He he.
Kalau guru pondok, anak
murid cium tangan supaya
dpt berkat.
Dapat salam dengan Doktor
pun, insya-Allah ilmu yang
diturunkan menjadi.
Amin.

Selamat menyampaikan dan
memanjang-manjangkan ilmu
kepengarangan.
(Teringin gak rasanya nak
jd peserta tapi.... tak
layak pulaknya. huhu...)

AMINHAD

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...