Melangkahkan kaki ke sini,
Umpama menjelajah seluruh bumimu,
Melihat kepelbagaian dari semua serba,
Berhimpun menjadi satu entiti,
Harmoni.
Semua yang terdagang,
Adalah dari keringat dan keaslian,
Dari budaya, amalan, dan kehidupan,
Semua etnik mempamerkan citra sendiri,
Harmoni.
Hasil bumi memangkin rezeki,
Herba ubatan adunan pakar tempatan,
Makanan tradisi selera pelbagai resepi,
Busana aneka, lambang hidup ceria,
Semuanya ada, semua bangsa bercanda,
Harmoni.
Pasar Tamu,
Menjual keramahan seluruh warga,
Membeli kemesraan tanpa curiga,
Berdagang kesepaduan tinggi nilainya,
Jangan tergadai yang indah segalanya,
Harmoni.
Pasar Tamu,
Satu rasa, satu wibawa,
Harmoni.
Khamis, Mac 26, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Travelog Jogjakarta 2026
Saya melancong ke Jogjakarta pada 11 Februari hingga 14 Februari. Kunjungan ini merupakan kali kedua selepas 14 tahun. Saya tiba di Kulo...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan