Jumaat, Julai 10, 2009

Apabila Kita Tidak Tahu Keutamaan

Mengetahui keutamaan (priority) merupakan satu strategi hidup (survival) yang sangat penting. Dalam apa-apa sahaja urusan, seseorang manusia perlu mengetahui keutamaan yang harus diberikan perhatian. Kegagalan manusia mengetahui keutamaan akan memudaratkan diri. Jika kita berkata orang Melayu masih terkebelakang dalam apa-apa sahaja bidang, kita akan membuat kesimpulan bahasa orang Melayu tidak mengetahui keutamaan.
Sama halnya dengan dasar-dasar yang dilaksanakan. Bagi pandangan peribadi saya, pihak-pihak yang melaksanakan dasar tidak mengenal pasti keutamaan apabila menghebahkan sesuatu. Tanpa berselindung, hal ini dikaitkan dengan pelaksanaan dasar pemantapan BI seperti yang dicadangkan baru-baru ini. Dasar tersebut sememangnya diumumkan tanpa mengambil kita keutamaan yang diinginkan oleh masyarakat terbanyak. Jadi, natijahnya sangat besar, sama ada secara jangka pendek dan jangka panjang. Sedang demonstran berarak di jalanan menuntut pemartabatan bahasa Melayu, tiba-tiba yang muncul lain pula. Dalam hal ini keutamaan yang sepatutnya diberikan terhadap bahasa Melayu telah beralih pada bahasa Inggeris. Sepatutnya dalam pengumunan tersebut BM didahulukan seadanya sebelum BI dibicarakan. Orang akan bertanya "yang manakah keutamaannya, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris?"
Jika kita renung beberapa peristiwa yang berlaku dalam dua tahun yang lalu, banyak perkara yang dapat kita pelajari apabila kita tidak mengetahui keutamaan dalam membuat keputusan. Peristiwa yang paling ketara ialah pilihan raya yang lalu. Impak tidak mengetahui keutamaan dijelmakan dalam keputusan yang diperoleh. Percaya tidak bonus tahunan yang tidak dibayar menyebabkan golongan marhaen jauh hati dan terkilan. Mungkin hal ini remeh, tetapi bagi rakyat terbanyak hal ini merupakan satu keutamaan.
Contoh tersebut hanyalah contoh kecil. Sebenarnya banyak lagi contoh besar fenomena tidak mengetahui keutamaan yang meninggalkan dampak besar dalam senario sosiopolitik di negara ini.
Hanya pandangan marhaen kecil yang tidak didengari.

2 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam.
Di Tanah Melayu ini, yang diutamakan adalah memancing undi. Justeru apa sahaja boleh dilaksanakan bagi mencapai keutamaan itu. Demi undi, yang lain no. 2. Hehehee..

ZULKIFLI berkata...

Salam,

Itulah yang mengajaibkan kita. Akan ada makmal bahasa untuk BI, tidak ada pula makmal bahasa untuk BM. Kalau hal ini didiamkan, ada potensi BM akan menjadi lebih parah daripada sekarang.

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...