Rabu, Julai 22, 2009

Tentang Pemergian

Terkedu saya membaca blog bekas murid saya yang mengatakan salah seorang daripada rakannya semasa dalam tingkatan 6 dulu telah kembali ke rahmatullah. Saya sedih kerana saya pernah menjadi guru kelas mereka selama dua tahun iaitu pada tahun 1993/4. Ketika itu saya baru saja bertugas sebagai guru siswazah di Banting. Mungkin satu kelebihan saya, saya mudah mengenali dan mengingat nama murid-murid saya. Sebahagian besar nama murid saya masih sayang ingat sampai sekarang walaupun bilangan mereka sudah beribu-ribu. Ketika berjumpa kembali, saya mengambil masa sejenak dan selalunya saya akan ingat kembali nama mereka.
Berita pemergian bekas anak murid saya memang menyentap perasaan saya. Namun, kita harus menerima ketentuan Ilahi. Hanya alfatihah dapat disedekahkan kepada arwah Rubinah, bekas murid saya itu. Terima kasih Shidah yang menyiarkan berita itu dalam blognya. Kalian tetap dalam ingatan saya.

2 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam, Dr.

Saya mohon maaf sebab tidak menyampaikan berita berkaitan Rubinah kepada Dr. Kebetulan waktu itu saya telah kehilangan nombor telefon Dr.

Kalaulah Dr. dapat lihat keadaannya waktu itu, memang sangat menyedihkan. Anak-anak dia masih kecil (yang sulung 3 tahun, seorang lagi 2 tahun dan yang bongsu baru setahun). Dia terlewat mendapat rawatan kerosakan buah pinggangnya. Pada mulanya, dia hanya berubat secara tradisional, agak terlewat ketika dibawa ke hospital. Ketika dimasukkan ke hospital, dia sudah buta kedua-dua belah mata dan hanya dalam beberapa minggu di ICU Hospital Putrajaya, dia pergi buat selamanya. Sangat menyedihkan bila melihat anak-anaknya.

Sekarang, anak-anak Rubinah berada dalam jagaan suaminya. KEbetulan, saya kenal dengan suaminya yang bekerja sebagai posmen di PEkan Dengkil. Dia sudahpun mendapat pengganti, ibu kepada anak-anaknya (atas desakan keluarga kerana kasihan kepada anak-anak yang masih sangat kecil).

Al FAtihah untuk Rubinah. Semoga ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak:)

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...