Isnin, November 30, 2009

Di Summit Hotel USJ

Saya akan berada di Summit Hotel. USJ sehingga 3 Disember 2009 sempena Seminar Tingkatan 6 Kebangsaan kali ke-2. Saya menggantikan penolong kanan yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kehadiran tanpa dirancang ini banyak mengganggu rutin kerja penulisan saya yang semakin mendesak. Akan tetapi, pasti ada manfaat daripada seminar ini hendaknya.
Dari tingkap hotel
Kurenung jalanan yang tersangkut,
dari tingkap hotel,
di sana ada seribu emosi,
yang berbaur
dan aku terkurung
dalam cermin hidup
yang kurang telusnya.
Aku seperti mahu terbang,
pulang ke pintu kamar,
mengulangi malam-malam indah,
dibuai perasaan
melahirkan ilham
di dada maya.
Summit Hotel,
USJ. 30 November 2009.

2 ulasan:

sim yan berkata...

Halo cikgu ghazali. simyan sini.

Apa macam? hahaha bahasa pasar memang memberikan sedikit keseronokan hahaha.

macam banyak hal (good or bad) yang telah berlaku dalam kehidupan cikgu hah?

tahap efisiensi bahasa melayu saya sudah banyak merosot haha. tiap tiap hari taip/guna bahasa inggeris sahaja.

cikgu sudah tidak mengajar di smk td ke??

anyway, I am wishing you all the best in your life. It seems to me you are still doing GREAT! Great to know. haha

Terima kasih banyak-banyak atas usaha-usaha serta pembimbingan cikgu ye pada tahun 2008 yang lalu.

byebye

Ghazali Lateh berkata...

Hello Sim Yan, what's up. Lama tak dengar berita. You kat mana sekarang. Masih belajar atau dah buka bisnes. Dua hari lepas Viva added me to his Facebook. Yesterday, on the way back I saw him crossing the road, and shouted at me 'cikguuuu...'.

Hope you're doing well in whatever things you do. Thanks for writing your comment here. Good luck.

Travelog Maldives Jun 2024

  Travelog Maldives   Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong.    Kali ini saya ke Maldives.     Perancanganny...