Selasa, September 27, 2016
Ahad, September 18, 2016
TRAVELOG PERTH 2016
Hari Selasa 13 September 2016,
saya terbang ke Perth. Petang itu kami
sampai, disambut oleh bekas jiran yang kini menetap di Perth. Norbaayah dan suaminya Encik Mansor datang ke
lapangan terbang dengan membawa bekalan makanan. Saya telah ditunggu oleh Along (orang
Kodiang) yang membawa saya ke
apartmen. Suhu Perth dingin, angin
bertiup menambahkan kedinginan musim bunga.
Kami menginap di Mount Bay Village, kawasan yang berhampiran dengan
bandar.
Petang itu saya berjalan untuk mencari kedai bagi membeli plug elektrik. Nasib baik ada sebuah gerai di stesen bas yang menjual plug berkenaan. Malam itu kami tidak ke mana-mana memandangkan sudah lewat. Jam 5 petang kebanyakan kedai di Perth sudah tutup. Waktu di Perth dan di Malaysia sama, cuma pukul 5 sudah hampir gelap.
Hari kedua kami ke Caversham
Wildlife dengan menyewa kereta bersama-sama pemandu. Encik Razak yang membawa kami. Yang menarik,
sebahagian besar pengunjung zoo tersebut adalah orang Malaysia, khususnya
Melayu. Mungkin kerana musim cuti
persekolahan sedang berlangsung.
Dapatlah bagi makan kangaroo, dan tengok Farm Show. Kami makan tengah hari di kawasan taman di
luar zoo tersebut. Encik Razak menempak
makanan dari sebuah restoren Melayu di Perth.
Selepas itu kami ke kilang
cokelat di Margaret River sebelum meneruskan perjalanan ke Arulean Park. Di taman ini, kami teruja melihat bunga tulip
yang sedang mekar berkembang kerana musim bunga baru bermula. Pelbagai jenis tulip ditanam di lereng-lereng
bukit. Cantiknya pemandangan di situ.
Malam itu kami makan malam di Restoren Makan-makan di Victoria Park. Encik Mansor dan Norbaayah yang belanja kami
makan.
Hari ketiga kami hanya
bersiar-siar di bandar. Malangnya cuaca
kurang baik. Sempat membeli-belah di Chemist Warehouse. Minyak wangi dijual
dengan harga yang murah. Begitu juga dengan ubat-ubatan. Saya membeli empat
botol minyak wangi untuk dibawa pulang.
Kami makan tengah hari di Insan Cafe, khabarnya pemiliknya orang
Pendang, Kedah. Oleh sebab hujan, kami
pulang ke apartmen segera. Petang itu
kami ke Elizabeth Quay. Hujan dan angin
menjadikan suasana sangat dingin. Saya membeli
tiket feri untuk ke Fremantle esok.
Hari Jumaat, kami menaiki feri
melewati Sungai Swan ke Fremantle. Kami
ke E Shed Market untuk membeli buah tangan sebelum pulang. Harga cenderamata agak murah. Kedai cenderamata itu milik orang Indonesia
dan pekerjanya orang Melayu, barangkali pelajar Malaysia di sana. Sekali lagi Encik Mansor dan Norbaayah datang
untuk belanja kami makan fish and chip.
Ada dua restoren yang besar. Yang uniknya, ramai pelanggan terdiri
daripada orang Melayu.
Dalam perjalanan pulang kami
singgah di Cottesloe Beach. Kami dibelanja minum kopi di Shorehouse. Dalam
perjalanan pulang, kami singgah di King’s Park yang cantik. Akhirnya, kami
balik ke apartmen sebelum keluar lagi untuk membeli-belah di Water Town yang
terkenal dengan outlet pakaian. Harga pakaian agak murah kerana sedang berlangsung
jualan murah. Sekali lagi orang Melayu
mendominasi kawasan ini.
Malam itu kami berkemas kerana
akan pulang esoknya. Pagi 17 September,
kami keluar apartmet pada jam 10.30 pagi.
Along datang tepat pada masanya.
Oleh sebab penerbangan kami petang, Along membawa bersiar-siar di
sekitar bandar. Along membawa kami makan tengah hari di Restoren Satay on
Charcoal, milik penguasaha dari Johor.
Kami selamat sampai ke tanah air pada jam 10 malam.
Perth merupakan bandar yang bersih. Perkhidmatan bas dalam bandarnya percuma, dikenali dengan nama Central Area Tranport (CAT). Ada gambar kucing di bas tersebut. Orangnya peramah dan suka membantu. Ramai orang Melayu menetap di Perth. Khabarnya ada 30 ribu semuanya. Lawatan ke Perth sangat memuaskan hati.
Perth merupakan bandar yang bersih. Perkhidmatan bas dalam bandarnya percuma, dikenali dengan nama Central Area Tranport (CAT). Ada gambar kucing di bas tersebut. Orangnya peramah dan suka membantu. Ramai orang Melayu menetap di Perth. Khabarnya ada 30 ribu semuanya. Lawatan ke Perth sangat memuaskan hati.
Sabtu, Ogos 06, 2016
Semarak
Masih bersemarak puspa asmara
dan wangiannya di mana-mana
dalam sederhana segalanya
kita melangkah bersama-sama
melewati usia.
Kini musim bertaut lagi
waktu tidak mengurangkan seri
sama-sama melengkapi hati
sama-sama menyelami budi
yang lebih dikongsi
yang kurang dimaafi.
Puspa di halaman ini biarkan segar
dan simpulan di hati kekal tegar
menyisih semua riak dan gegar
ikatan kasih tidakkan longgar.
Selamat ulang tahun untuk kita
semoga bahagia terus bertakhta
masih ceria berkongsi cerita
redha-Nya jua selamanya dipinta.
Ghazali Lateh
©Hak cipta terpelihara
3 Ogos 2016
Masih bersemarak puspa asmara
dan wangiannya di mana-mana
dalam sederhana segalanya
kita melangkah bersama-sama
melewati usia.
Kini musim bertaut lagi
waktu tidak mengurangkan seri
sama-sama melengkapi hati
sama-sama menyelami budi
yang lebih dikongsi
yang kurang dimaafi.
Puspa di halaman ini biarkan segar
dan simpulan di hati kekal tegar
menyisih semua riak dan gegar
ikatan kasih tidakkan longgar.
Selamat ulang tahun untuk kita
semoga bahagia terus bertakhta
masih ceria berkongsi cerita
redha-Nya jua selamanya dipinta.
Ghazali Lateh
©Hak cipta terpelihara
3 Ogos 2016
Rabu, Julai 13, 2016
Sabtu, Julai 02, 2016
Jumaat, April 15, 2016
Sajak Reunion
(Sebuah Sajak Reunion)
Sahabat,
pertemuan
adalah rajutan kasih
yang
hilang di arus masa
kita
bergelut untuk kembali
ke
taman masa lalu yang wangi
tapi
kita harus sedar
kembang
kian layu
lantaran
perjalanan sudah jauh
kita
limun denai-denai lampau
kerana
seadanya lumrah
dan
fitrah kehidupan.
Sahabat,
jangan
kita ungkit kekesalan
usah
ketawakan keberadaan
ingat...
kita
bukan seperti dasawarsa sirna
mandiri
di luar mata
apa
yang ada kini bukannya masa lalu
jangan
jeling perbezaan
atau
berbisik tentang kekurangan
seharusnya
bertemulah seperti dahulu
saat-saat
baru mengenal dunia
kita
remaja muda belia.
Sahabat,
jangan
bercerita tentang anak-anak
kerana
akan ada yang kurang enak
jangan
berkisah tentang pangkat
kerana
akan ada yang tersekat
jangan
bernuansa tentang kekayaan
kerana
akan ada yang kerengsaan
jangan
berborak tentang kehebatan
kerana
akan ada kerencatan
jangan
bercerita tentang jangkauan
kerana
akan ada yang kerisauan
Jangan bercitra tentang kelebihan
Kerana ada yang keresahan.
Sahabat,
ceritalah
tentang denai-denai yang dilalui
dan
kenangan yang paling bererti
yang
sama-sama kita alami
sebelum
berangkat membawa diri
cerita
tentang semua yang kita kongsi
tentang
masalah yang kita atasi
sehingga
kita seperti hari ini.
Sahabat,
bertemulah
kembali
agar
ukhuwah kembali mewangi.
Ghazali Lateh,
Banting,
Selangor.
14/4/2016
Ahad, April 10, 2016
Seloka Nasib Guru
Nasib guru siapa nak kira,
Silap bertindak dihukum segera,
Tanpa ditimbang budi bicara,
Untuk perjelas duduk perkara.
Memanglah guru perlu bersabar,
Tetapi selalu sampai tercabar,
Yang buruk-buruk cepat tersebar,
Yang baik disimpan di bawah gebar.
Disiplin murid sukar dibendung,
Masa dilahir tidak dibedung,
Guru bagai dicucuk hidung,
Bukannya salah ibu mengandung.
Tindakan diambil memanglah mudah,
Fikirkan juga yang tanggung padah,
Seumur hidup menelan gundah,
Rezeki keluarga mana nak tadah.
Wahai guru tabahkan hati,
Segala tindakan hendaklah perhati,
Jangan sampai menyesal nanti,
Kawal amarah pujuklah hati.
Kita ini orang bawahan,
Dalam bertindak ikutlah arahan,
Jangan terburu hendaklah perlahan,
Segala cabaran harus bertahan.
Guru Pencen, Banting.
10/4/2016
Langgan:
Catatan (Atom)
Travelog Pattani Hatyai 2026
Saya telah melancong ke Pattani pada 23 Oktober bersama-sama isteri dan anak saya. Perjalanan kali ini agak berbeza kerana kami mengguna...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...

























































