Khamis, Mac 24, 2011

Kemelut

Saya mengikuti perkembangan politik tanah air dan sedikit politik antarabangsa.  Perkembangan mutakhir menampakkan kekalutan yang berkaitan seorang tokoh terus diperkatakan dan dihebohkan.  Saya rasa, untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, tokoh berkenaan patut mengundurkan diri.  Pada pandangan saya, parti politik yang dipimpin oleh tokoh berkenaan tidak akan terjejas dengan pengundurannya.  Ramai lagi tokoh yang mampu mengambil alih pentabiran parti berkenaan.
 Kita perlu mengambil iktibar daripada beberapa senario politik yang berlaku sebelum ini.  Paling hampir ialah kejadian di Mesir.  Pengunduran Hosni Mubarak telah mengubah landskap politik negara itu dengan mendadak.  Masalah yang timbul akibat ketidakpuasan hati rakyat semakin reda.
Begitu juga halnya dengan kemelut yang menimpa kepimpinan Pak Lah. Namun, sebagai seorang pemimpin yang gentleman Pak Lah mengambil langkah untuk mengundurkan diri.  Akhirnya kemelut itu selesai.
Jadi, tokoh berkenaan perlu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri demi kesejahteraan rakyat jelata.  Pengunduran tidak bererti kalah tetapi akan lebih dihormati kerana rakyat tidak lagi disogok dengan permainan politik keterlaluan.  Muammar Ghaddafi sekarang dalam keadaan yang kritikal kerana keengganannya mengundurkan diri.  Saya pasti masalah di Libya akan selesai jika Ghaddafi mengundurkan diri secara terhormat.

1 ulasan:

fauzi rashid berkata...

saya fikir najib harus berundur segera...UMNO-BN harus berundur kerana dalam pemerintahannya kini berlaku segala kekalutan hasil dari ketakutan kuasa yang akan tercabar...ia telah merosakkan teruk intitusi negara yang penting...sistem kehakiman, sistem pendakwaan, pasukan polis dan lain-lain..media menjadi pencacai..fitnah melata...filem porno dihalalkan...liwat menjadi bahasa pasar....segala dilakukan agar kekuasaan tidak akan dicabar...rasuah melata...

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...