Kerikil yang menanti di pantai
adalah pembelah ombak
dari selat kecildan pulau-pulau terpencil.
Tiada banyak yang menangkap mata
hanya warna senja yang jinggasebentar cuma merajalela
dan hilang begitu sahaja
ketika cinta mula membara.
Di sini tempat menjamu selera
dalam suasana bersahaja
dielus pawana manja
dan sesekali bengis menerpa.
Aku hanya pengunjung biasa
melihat tingkah manusia
pelbagai usia
memenuhi masa.
Tanjung Pengharapan
Kelang.
26/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan