Indonesia
menawarkan banyak lokasi menarik untuk dilawati. Surabaya merupakan salah satu daripadanya.
Dari Surabaya pelancong dapat pergi ke beberapa destinasi wisata lain yang berhampiran.
Saya telah melancong ke
Surabaya pada awal April, selama lima hari. Pelancongan tanpa pakej ini sengaja
saya pilih kerana mahu meneroka sendiri destinasi tersebut tanpa memerlukan kos
yang tinggi. Saya tiba di Bandara Juanda, Surabaya dalam jam 1.00 tengah hari. Selepas
mendaftar masuk di hotel, saya terus mengambil teksi untuk ke pusat bandar
Surabaya. Ternyata Surabaya dipenuhi dengan pusat beli-belah yang besar-besar. Saya
keTunjungan Plaza dan suasana di pusat beli-belah tidak banyak bezanya daripada
Kuala Lumpur pemandangannya. Pada hari saya tiba itu merupakan cutiumum di
Indonesia sempena pilihan raya umum di sana.
Pusat beli-belah mengadakan jualan murah sempena pemilu
(pilihanrayaumum). Segenap bahagian pusat tersebut penuh dengan manusia. Menang
ternyata, barangannya sangat murah berbanding di Malaysia.
Hari kedua saya ke Pasar
Kapasan iaitu pusat grosir yang besar di Surabaya. Kemudian saya dibawa menyeberang
ke Pulau Madura melalui Jambatan Suramadu yang menghubungkan pulau Jawa dengan
Madura. Pemandangan di Madura agak berbeza kerana sebahagian besar kawasannya masih
dipenuhi sawah tradisional. Sesuatu yang menarik di Surabaya ialah ketiadaan pengamen
(pemuzik jalanan) seperti yang terdapat
di Jakarta, Bandung, dan Jogjakarta.
Pengemis jarang-jarang kelihatan. Apabila ditanya tentang keadaan tersebut,
pemandu kereta sewa berkata pihak berkuasa Surabaya tidak membenarkan penduduknya
mencari nafkah dengan di jalanan.
Hari ketiga saya menyewa
kereta untuk ke Malang. Dengan bayaran sewa 800 ribu rupiah (lebih kurang
RM240.00), saya dibawa ke arah selatan. Di Sidoarjo, terdapat satu kawasan perusahaan
membuat barangan dari pada kulit. Banyak sekali penguasaha kulit sapi (lembu)
di kawasan itu. Kemudian kami berhenti untuk melawat Taman Safari di Pandaan.Banyakjugabinatang
liar di situ, dilepaskan bebas kecuali haiwan-haiwan ganas yang dipisahkan dengan
kolam. Khabarnya, Taman Safari itu merupakan yang kedua di Indonesia. Dalam perjalanan
kami berhenti untuk melawat kesan tragedy lumpur Lapindo. Menurut penduduk di
sekitar, tragedi tersebut terjadi apabila kerja-kerja penggalian telaga minyak telah
menyebabkan lumpur membuak keluar sehingga menenggelamkan 16 buah kampung.
Kemudian saya dibawa ke
kawasan wisata agro. Di kebun buah-buahan, pakej tiketnya termasuk aktiviti memetik
buah epal, jambu, dan limau. Makanan juga disediakan kepada pengunjung mengikut
pakej yang dipilih. Aktiviti ini sangat menarik kerana buat pertama kali saya berpeluang
memetik buah epal. Dalam perjalanan pulang saya singgah di Kota Malang yang
tidak kurang menariknya. Malang dilihat sebagai
sebuah kota pendidikan kerana terdapat beberapa buah universiti yang besar.
Di Indonesia,
kota-kotanya terkenal dengan alon-alon atau pasar petang hingga malam. Bermacam-macam barangan dijual di alon-alon. Saya
singgah di alon-alon Kota Malang untuk membeli ole-ole. Saya tertarik dengan gelagat
orang yang menggunakan monyet untuk mencari rezeki. Pertunjukan monyet itu berlangsung
hingga ke malam.
Hari keempat saya ke Gunung
Bromo. Perjalanan ke sana melalui beberapa buah Bandar seperti Bangil,
Pasuruan, dan Probolinggo. Gunung Bromo merupakan kawasan tanah tinggi yang
ditanami dengan sayuran (seperti Cameron Highland). Uniknya di puncak Gunung Bromo
pemandangannya amat berbeza.Saya terpaksa menyewa Jeep pacuan empat roda untuk ke
kawasan kawah gunung berapi. Sebelum itu saya dibawa ke kawasan Pasir Berbisik dan
savana. Pemandangan di sini sangat unik kerana tumbuhannya seperti di kawasan
savanna. Akhirnya, saya ke kawah gunung berapi yang masih mengeluarkan asap. Untuk sampai ke kawasan tangga pendakian,
saya terpaksa menunggang kuda. Kemudian saya terpaksa memanjat 250 anak tangga sebelum
dapat melihat kawah gunung berapi yang sangat menggerunkan. Keadaan kawah sangat
curam dan dalam. Asap bergumpal naik dan mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Kebetulan ketika saya sampai tidak ada orang
lain di situ kerana hari sudah petang. Setelah turun, saya berasa sangat penat dan
kaki saya membengkak kerana pendakian tangga yang curam itu. Akan tetapi adalah
tidak lengkap jika pengunjung tidak mendaki tangga kawah itu sekiranya ke GunungBromo.