Ahad, November 23, 2008

Rumahku 1

Rumput yang belum bertanam
Air terjun dari Sg. Buluh, Subang

Pandangan dari ruang dapur ke luar.


Ruang tamu yang masih bertabur
Dining area




Di depan dapur bahagian luar rumah.






Ada juga rakan yang bertanya, why should you spend a lot of money for your house. Dan aku menjawab ringkas, "untuk menikmati kehidupan"

Khamis, November 20, 2008

Hari yang penuh aktiviti

Setelah balik dari Sg Buluh, sempat juga singgah di rumah baharu kamu. Pandangan di atas ialah dari dapur ke arah ruang makan dan ruang tamu.

Makan tengah hari di atas bumbung bangunan PKNS Shah Alam. Suasananya agak tidak terjaga, padahal kawasan itu amat baik untuk dijadikan tarikan.





Hari ini hari yang penuh dengan aktiviti. Penat, tapi tetap memuaskan hati. Banting, Shah Alam, Sungai Buluh, dan Banting kembali.

Isnin, November 17, 2008

Suara Hati Tengah Malam


Ahhh... Tuhan menjadi malam dan siang, gelap dan cerah, sebagai pusingan kehidupan. Kadang-kadang kegelapan malam membawa cahaya ilham di bucu hati, untuk berkongsi dengan manusia sejagat tentang segala-halanya. Dan malam ini, aku masih tercegat, menitip perasaan pada aksara kekunci, tentang kehidupan dan kenangan, tentang masalah dan perasaan, tentang orang-orang yang hadir dalam ingatan.




Sukarnya, jika malam bukan lagi medan mimpi dan dodoian istirahat, biarpun mata sesekali hilang destinasi, aku masih di sini. Membangkitkan segala nostalgia tentang masa silam, menyubur harapan masa depan, dan menilai keadaan diri.

Khamis, November 13, 2008

Kenangan di Melaka

Bergaya di depan cermin. Grand Continental, Melaka
Di luar bilik kursus.

Tengah malam pun masih menikmati roti canai cecah asam pedas. Azmi dan Hj Johari, sabar menanti. Terima kasih Azman Majid yang sanggup membawa ke lokasi gerai asam pedas yang enak.









Di Duta Village Resort, Kuantan




Ahad, November 02, 2008

Apa yang harus kulakukan?


Kadang-kadang nasib tidak menyebelahi diri dalam perjalanan hidup ini. Adakalanya, diri terlalu dekat dengan impian, tetapi dijarakkan oleh birokrasi dan peraturan yang entah apa-apa. Diri ini dikatakan berharga tetapi tidak pernah dihargai. Inilah rencah kehidupan. Dan aku tidak pernah menyesali apa-apa, kerana aku percaya kepada qada dan qadar-Nya. Apakah yang harus kulakukan, akan berakhir dengan pertanyaan demi pertanyaan. Akan tetapi jawapannya ada pada orang lain.

RAYA 2017