Sabtu, Februari 28, 2009

Perjalanan

Melalui terowong
Nasi kandar yang kurang enak

Memandikan kereta kerana terlalu kotor akibat di kampung hujan lebat.


Setelah keadaan emak semakin baik, aku terpaksa pulang untuk menyelesaikan pelbagai tanggungjawab yang kutinggalkan untuk beberapa hari. Perjalanan bermula dalam 9.30 pagi. Aku berhenti untuk membasuh kereta di Gurun. Kemudian makan tengah hari di Kawasan R & R Sungai Juru. Nasi Kandar kurang enak, tetapi untuk mengalas perut terpaksa kuhabiskan juga. Berhenti di Changkat Jering kerana pada pagi Sabtu ada pasar minggu di sini. Sempat juga membeli jambu madu, pisang, tajak kecil, dan macam-macam lagi. Berhenti rehat di Tapah, dan kemas kini blog.

Khamis, Februari 26, 2009

Di Guar Chempedak


Sejak semalam aku berada di Guar Chempedak. Sempat juga ke pasar membeli keperluan dapur. Yang menarik aku bertemu dengan rakan sekelas semasa di sekolah rendah. Namanya Muhammad bin Abdul Rahman. Pertemuan singkat itu mengembalikan nostalgia. Aku teringat sebuah cerpenku yang bertajuk "Kasut Kelopak Jantung". Cerpen ini berlatarkan Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun. Ketika itu seorang lagi rakanku Ahmad bin Saad merupakan watak yang kujelmakan dalam cerpen tersebut. Sampai sekarang aku masih ingat rakan lamaku itu.
Satu perkara lagi di pasar pagi makanan laut yang dijual masih segar dan murah. Aku tertarik melihat udang laut yang besar. Harganya sekilo RM40.00. Tanpa berfikir panjang aku membelinya untuk dijadikan juadah tengah hari.

Ahad, Februari 22, 2009

Beberapa Masalah

Gambar pintu gerbang di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang, Bukit Changgang, Selangor. Semasa balik dari Dengkil semalam aku sengaja melalui jalan kampung dan terjumpa perkampungan orang asli ini.
Pagi semalam sempat juga membasuh porch kerana terlalu kotor. Dah basuh baru nampak ceria dan kemas sikit.

Sejak minggu lepas, kesibukan semakin memuncak. Hujung minggu ini aku hanya terperap di rumah menyiapkan kerja-kerja yang patut diselesaikan. Menyemak karya sebuah pertandingan menulis. 96 buah karya untuk aku semak. Masa yang diberikan hanya dua hari. Demi kepercayaan aku pun tidak ke mana-mana sepanjang pagi semalam dan seharian hari ini. Sebagai tenaga pengajar sambilan di sebuah IPTA, aku terpaksa menanda 36 tugasan individu yang dihantar minggu lepas.


Dan berita yang paling mengejutkan ialah keadaan emak yang tidak sihat di kampung. Aku dalam keadaan serba salah. Petang esok dan lusa ada mesyuarat di Shah Alam. Malam esok mengajar sambilan. Teks ucapan yang ditugaskan belum lagi berkarang. Tapi dalam saat ini aku hanya menunggu khabar berita dari kampung. Jika perlu aku akan bergegas pulang.


Keadaan seperti menjadikan aku tidak nyenyak tidur. Aku berharap semuanya akan menjadi baik.

Selasa, Februari 17, 2009

Membuat Keputusan

Kadang-kadang dalam hidup ini kita sukar membuat keputusan. Walaupun dalam hati sudah ada keputusan untuk diri, kadang-kadang keputusan itu berubah akibat dipengaruhi pelbagai faktor. Namun, apabila hati sudah membuat keputusan, sukar pula untuk diubah. Hanya apabila untuk mengambil hati orang, kita terpaksa bermuka-muka untuk menyatakan diri bersetuju, itu dan ini.
Inilah yang kualami saat ini. Hati sudah nekad untuk berada dalam lingkungan diri, dekat dengan persekitaran, dekat dengan keluarga. Tawaran yang kudapati memaksaku untuk meninggalkan segala kedekatan itu. Walaupun pujukan itu nampaknya menjanjikan status yang baik, tetapi dalam usia ini aku harus memikirkan keselesaan diri, kesihatan, dan kekeluargaan. Dan seharusnya aku terus di sini, menepis segala masalah yang datang dan pergi.

Terima Kasih En Saifudin


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada juruteknik IT, SMK Telok Datok yang telah membantu saya menyelesaikan masalah yang berlaku pada blog saya. Sekarang blog saya boleh diakses seperti biasa menggunakan IE. Saya juga memperoleh banyak ilmu IT dalam sesi bantuan beliau. Terima kasih sekali lagi.

Jumaat, Februari 13, 2009

Akses Melalui Mozilla @ Netscape

Buat sementara waktu, blog saya hanya dapat diakses menggunakan Mozilla dan Netscape. Kerosakan ini akan diatasi tidak lama lagi.

Selasa, Februari 10, 2009

Secalit Sinar

Dalam gelita yang merayap di dada hidup
barangkali ada secalit sinar
di hujung ufuk

temaram kelam
hanyalah warna
yang tercoret
dengan kehendak-Nya.

Sang Penyumpah

Dia telah diberikan kelebihan dengan sumpahan yang mujarab di sepanjang jalan ke sini semuanya berubah tersumpah oleh bibir sumbang...