Khamis, Februari 26, 2009

Di Guar Chempedak


Sejak semalam aku berada di Guar Chempedak. Sempat juga ke pasar membeli keperluan dapur. Yang menarik aku bertemu dengan rakan sekelas semasa di sekolah rendah. Namanya Muhammad bin Abdul Rahman. Pertemuan singkat itu mengembalikan nostalgia. Aku teringat sebuah cerpenku yang bertajuk "Kasut Kelopak Jantung". Cerpen ini berlatarkan Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun. Ketika itu seorang lagi rakanku Ahmad bin Saad merupakan watak yang kujelmakan dalam cerpen tersebut. Sampai sekarang aku masih ingat rakan lamaku itu.
Satu perkara lagi di pasar pagi makanan laut yang dijual masih segar dan murah. Aku tertarik melihat udang laut yang besar. Harganya sekilo RM40.00. Tanpa berfikir panjang aku membelinya untuk dijadikan juadah tengah hari.

Tiada ulasan:

Raya 2024