Khamis, Mei 25, 2017

Seloka Proton Saga


Naik Proton Saga
Pergi Kuala Kubu
Tidur asyik terjaga
Nyamuk masuk kelambu.

Naik Proton Saga
Pergi Sungai Layar
Bini sudah tiga
Mata masih liar.

Naik Proton Saya
Pergi Ulu Bendul
Asyik nak berlaga
Kepala sudah benjol.

Naik Proton Saga
Pergi pekan Kajang
Sudah berumahtangga
Lagak macam bujang.

Naik Proton Saga
Pergi Padang Besar
Baru mula berniaga
Pakai kereta besar.

Naik Proton Saga
Pergi pekan Bedong
Baik tidak terhingga
Kena cucuk hidung.

Naik Proton Saga
Pergi Bukit Sentosa
Puasa kena jaga
Jangan buat dosa.

Ghazali Lateh
© Hak cipta terpelihara

25/5/2017

Khamis, Mei 04, 2017

Sang Penyumpah

Dia telah diberikan kelebihan
dengan sumpahan yang mujarab
di sepanjang jalan ke sini
semuanya berubah tersumpah
oleh bibir sumbangnya.

Bebatu kejung itu kaku
haiwan paling jelek merangkak
manusia-manusia kafir tanpa tahu
semuanya hasil sumpahan keramat
sang penyumpah itu.

Tiba-tiba sahaja dia berpaling
mengutip bebatuan sambil merangkak
memeluk manusia kafir
rupa-rupanya dia tersumpah
dirinya sendiri
menjadi batu dan haiwan.

Dalam diam aku tertanya sendiri
“Tidakkah dia menjadi kafir
oleh sumpahannya sendiri?”

Ghazali Lateh
©Hak cipta terpelihara

30/4/2017

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...