Kali terakhir saya ke Pulau Pangkor adalah pada 2010. Kini saya sempat berkunjung lagi. Banyak perubahan yang berlaku dalam masa 10 tahun tersebut. Pangkot kini menjadi pulau bebas cukai.
Jumaat, September 18, 2020
Khamis, Ogos 13, 2020
Ahad, Mei 24, 2020
Sabtu, Mac 14, 2020
Kundasang, Tawau dan Semporna
Saya melawat Sabah bermula 6 Mac 2020 hingga 13 Mac 2020. Sebenarnya saya datang atas urusan kerja di Kota Kinabalu. Kemudian saya mengambil cuti dan melawat Sabah.
Isnin, Januari 27, 2020
Travelog Chiang Mai 2020
Saya telah ke Chiang Mai npada 24 Januari 2020.
Pada awalnya saya akan bertolak pada 23 haribulan, tetapi terpaksa
ditangguh kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Kami beranhkap pada jam 6.55 pagi dan sampai
ke Chiang Mai pada 8.55 waktu tempatan. Waktu
di Thailand lewat satu jam daripada Malaysia.
Sesampai di lapangan terbang, saya terus menyewa
sebuah kereta lengkap dengan pemandu. Kereta
jenis Toyota Fortuner, sangat selesa untuk tiga orang. Kami dibawa beberapa tempat tarikan pelancong
di Chiang Mai. Mula-mula sekali kami ke
Long Neck Karen iaitu perkampungan suku Karen dari Myanmar. Mereka suku kamu asli yang menggunakan
gelingan keluli sebagai hiasan di leher mereka.
Untuk masuk ke kawasan ini, kami perlu membayar 500 Baht seorang (dalam
RM68.00). Kami membeli cenderamata buat
mereka sebagai kenang-kenangan.
Kami singgah di taman orkid Chiang Mai. Terdapat beberapa spisies orkid di taman itu, tetapi tidak begitu banyak. Pelbagai cenderamata yang diperbuat daripada orkid dijual.
Kemudian kami dibawa ke Kingdom of Tiger. Bayaran masuk ke taman harimau ini adalah
800 baht seorang. Di dalam kawasan ini
pengunjung dapat bergambar dan menyentuh harimau. Namun kami tidak masuk kerana bimbang akan
risiko dan bahaya. Kami meneruskan
perjalanan ke kawasan perusahaan sutera Thai.
Kami dapat melihat proses menghasilkan sutera dari ulat hinggalah ke
pakaian yang sudah siap.
Kami makan tengah hari di Restoren Takawa, iaitu
sebuah kedai makanan Muslim. Masakannya
enak. Selepas itu barulah kami mendaftar
masuk ke hotel. Pada sebelah malam,
terdapat pasar malam yang sangat meriah di hadapan hotel penginapan kami. Kami menerokai pasar sehingga lewat
malam. Ada beberapa restoren dan penjaja
halal di sepanjang pasar. Pelbagai jenis
jualan terdapat di sini. Pengunjungnya juga ramai. Kami makan malam di sebuah warong roti canai
di dalam kawasan pasar itu.
Besoknya, selepas sarapan kami membeli nasi goring untuk
dijadikan bekal. Kami akan ke Doi
Inthanon, iaitu kawasan tanah tinggi yang menempatkan pagoda yang besar. Di sepanjang jalan, terdapat kawasan
penenaman bawang yang luas. Sayangnya saya
tidak berhenti untuk bergambar. Di kemuncak
gunung, suhunya sangat sejuk iaitu 12OC. Kami menggigil kesejukan. Di sekitar pagoda terdapat taman yang
indah. Apa yang dapat dilihat, orang
Thailand sangat menyanjungi raja mereka. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti
di Mong Market, pasar jualan buah-buahan dan sayur-sayuran tanah tinggi. Saya membeli epal dan pisang kaki yang sangat
segar. Kami berhenti makan tengah hari
di air terjun Wachirathan yang cantik.
Kami kembali ke Chiang Mai awal sebab pada malam itu kami akan melawat di Night Safari.
Bayaranya 800 baht seorang.
Lawatan dimulakan dengan persembahan kesenian. Kami menaiki tram untuk masuk ke kawasan
binatang sambil diberikan penerangan oleh staf yang bertugas. Safari terbahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian Asia dan Afrika. Akhir sekali
terdapat pertunjukan haiwan. Yang menariknya,
tiada manusia tampil di pentas tetapi binatang dilepaskan sendirinya untuk
beraksi. Binatang yang dipertontonkan
termasuklah memerang, hyena, landak, binturong, babi hutan, jaguar, anjing
liar, beberapa spisies harimau dan sebagainya.
Kami balik ke Bandar dan berjalan lagi di pasar
malam untuk membeli buah tangan. Kami makan malam di sebuah restoren Turki.
Pada hari terakhir, kami bangun dan meneroka kawasan
sekitar. Bersarapan di sebuah restoren
muslim. Bergambar dan membeli barang-barang tempatan untuk dibawa pulang. Tepat jam 12.00 tengah hari waktu tempatan,
kami berangkat ke lapangan terbang untuk pulang.
Langgan:
Catatan (Atom)
TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024
Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta. Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel. Pada petangnya kami ke Thamrin City, ke...
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...