Kami memasuki Satun Thailand melalui Wang Kelian. Urusan insurans kereta dan peribadi dibuat di sempadan sebelum masuk bangunan imigresen Malaysia. Kami juga membeli kad sim untuk kegunaan di Thailand. Urusan masuk ke Thailand dengan kereta sendiri agak mudah kerana kami masuk pada hari Rabu. Tidak banyak kenderaan Malaysia yang melintasi sempadan.
Dalam perjalanan kami tersesat
kerana barangkali tersilap taip pada aplikasi waze. Akhirnya saya terpaksa berhenti dan bertanya
penduduk tempatan. Nasib baik ada yang
berbahasa Melayu. Akhirnya kami berpatah
balik dan bermalam di Pekan Satun. Malam
itu kami keluar makan di sebuah kawasan seperti pasar malam.
Besoknya kami bertolak ke Pakbara
sebuah kawasan peranginan tepi laut.
Suasana juga aman kerana tidak banyak pengunjung yang datang pada masa
itu. Kami menginap di sebuah hotel yang
benar-benar di tepi laut. Suasana sangat
damai dan menyenangkan. Malam itu kami
makan malam di sebuah restoren pinggir laut yang terkenal iaitu Papaya
Mom. Makanannya enak dan agak murah.
Hari berikutnya kami hanya
bersiar-siar di kawasan sekitar dan beli-belah di beberapa premis
perniagaan. Rancangan awal untuk ke Koh Lipe tidak diteruskan kerana kami perlu balik kerana ada komiktmen lain. Kami bergerak balik menjelang
tengah hari. Dalam perjalanan menuju ke
sempadan, kami berselisih dengan banyak kenderaan dari Malaysia yang masuk ke
Satun kerana besoknya hujung minggu.
Secara keseluruhannya, Satun hanya pekan biasa tidak seperti Hatyai dan Songkla. Tarikannya hanya di Pakbara.