Rabu, Februari 26, 2025

Travelog Aceh Februari 2025

 Baru-baru ini isteri saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Aceh.  Kami berangkat pada 21 Februari.  Kami makan malam di restoren Mi Razali yang terkenal di Banda Aceh.  Kemudian kami bersiar-siar di hadapan hotel yang kebetulan ada pasar ria.  Besoknya kami ke Muzeum Tsunami.  Lawatan ke muzeum ini sangat bermanfaat untuk melihat secara dekat tragedi tsunami pada 2004.  Kemudian kami melawat bot di atas rumah di Lampulo.  


Seterusnya saya diberitahu tentang makan Sheikh Abdul Rauf Assingkili.  Biasanya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar.   Akan tetapi penjaga makam yang mengambil gambar saya di dalam bangunan makam tersebut.  Petangnya kami ke Pasar Aceh.  Suasana di pasar tersebut agak lengang, barangkali bukan musim cuti.  Saya meronda di sekitar pasar untuk melihat suasana.

 

               Kami makan tengah hari di sebuah restoren makanan laut.  Masakannya enak dan harganya murah.  Kemudian kami balik ke hotel untuk isterahat.  Malamnya kami ke Masjid Raya Baiturrahman untuk bersolat jemaah.  Masjid ini besar dan cantik senibinanya.  Setelah itu kami makan sate Aceh di pinggir jalan. 

 

               Besoknya kami berangkat ke Pulau Weh dengan menaiki kapal cepat.  Perlayaran mengambil masa tu jam.  Sesampai di Pelabuhan Balohan, kami menyewa sebuah kereta Toyota Veloz dengan harga Rp300.000  atau sekitar RM90.  Kami terus ke resort yang ditempah lebih awal iaitu Freddie’s Santai Sumur Tiga.  Penginapan tepi pantai ini sangat sesuai untuk pencinta laut dan alam sekitar.

 

               Petang itu saya memandu ke titik paling hujung Pulau Sumatera.  Jalannya agak sempit.  Akan tetapi saya sangat teruja sampai ke Kilometer 0  Indonesia tersebut.  Bilik penginapan tidak ada pendingin hawa, cukup dengan membuka jendela dan membiarkan air laut masuk di sepanjang malam.

 



               

Hari kedua di Pulau Weh, kami memandu ke beberapa tempat yang menarik.  Sebenarnya hanya kawasan pantainya sahaja yang cantik.  Pulau ini sangat asli sifatnya dan belum dicemari dengan pembangunan.  Yang menarik, saya dapati banyak bunga cengkih dijemur di pinggir jalan.  Rupa-rupa pulau ini terkenal dengan penghasilan bunga cengkih.


               Saya balik ke Banda Aceh pada sebelah petang.  Kami menginap di kawasan yang banyak kedai oleh-oleh.  Makam itu kami membeli oleh-oleh kerana besoknya kami akan pulang ke Kuala Lumpur.  Kesimpulannya, lawatan ke Banda Aceh sangat menarik.  Aceh agak berbeza daripada daerah Indonesia yang lain. Keadaan jalan kurang sesak. Pengguna jalan raya juga berhemah.  Suasananya tidak banyak beza dengan Malaysia tetapi agak ketinggalan dari aspek infrastuktur.  Orang Aceh sangat baik dan mesra dengan orang luar.  Harga makanan di Aceh murah, terutama hasil lautnya.

Travelog Aceh Februari 2025

  Baru-baru ini isteri saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Aceh.   Kami berangkat pada 21 Februari.   Kami maka...