Baru-baru ini isteri saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Aceh. Kami berangkat pada 21 Februari. Kami makan malam di restoren Mi Razali yang terkenal di Banda Aceh. Kemudian kami bersiar-siar di hadapan hotel yang kebetulan ada pasar ria. Besoknya kami ke Muzeum Tsunami. Lawatan ke muzeum ini sangat bermanfaat untuk melihat secara dekat tragedi tsunami pada 2004. Kemudian kami melawat bot di atas rumah di Lampulo.
Seterusnya saya diberitahu tentang makan Sheikh Abdul Rauf Assingkili. Biasanya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar. Akan tetapi penjaga makam yang mengambil gambar saya di dalam bangunan makam tersebut. Petangnya kami ke Pasar Aceh. Suasana di pasar tersebut agak lengang, barangkali bukan musim cuti. Saya meronda di sekitar pasar untuk melihat suasana.
Besoknya kami berangkat
ke Pulau Weh dengan menaiki kapal cepat.
Perlayaran mengambil masa tu jam.
Sesampai di Pelabuhan Balohan, kami menyewa sebuah kereta Toyota Veloz
dengan harga Rp300.000 atau sekitar
RM90. Kami terus ke resort yang ditempah
lebih awal iaitu Freddie’s Santai Sumur Tiga.
Penginapan tepi pantai ini sangat sesuai untuk pencinta laut dan alam
sekitar.
Petang itu saya memandu
ke titik paling hujung Pulau Sumatera.
Jalannya agak sempit. Akan tetapi
saya sangat teruja sampai ke Kilometer 0
Indonesia tersebut. Bilik penginapan
tidak ada pendingin hawa, cukup dengan membuka jendela dan membiarkan air laut
masuk di sepanjang malam.
Hari kedua di Pulau Weh,
kami memandu ke beberapa tempat yang menarik.
Sebenarnya hanya kawasan pantainya sahaja yang cantik. Pulau ini sangat asli sifatnya dan belum dicemari
dengan pembangunan. Yang menarik, saya
dapati banyak bunga cengkih dijemur di pinggir jalan. Rupa-rupa pulau ini terkenal dengan penghasilan
bunga cengkih.
Saya balik ke Banda
Aceh pada sebelah petang. Kami menginap
di kawasan yang banyak kedai oleh-oleh.
Makam itu kami membeli oleh-oleh kerana besoknya kami akan pulang ke
Kuala Lumpur. Kesimpulannya, lawatan ke
Banda Aceh sangat menarik. Aceh agak
berbeza daripada daerah Indonesia yang lain. Keadaan jalan kurang sesak.
Pengguna jalan raya juga berhemah. Suasananya tidak banyak beza dengan Malaysia
tetapi agak ketinggalan dari aspek infrastuktur. Orang Aceh sangat baik dan mesra dengan orang
luar. Harga makanan di Aceh murah, terutama
hasil lautnya.