Catatan Diriku
Di sini, kuluahkan rasa...
Khamis, Jun 26, 2025
Selasa, April 08, 2025
Rabu, Februari 26, 2025
Travelog Aceh Februari 2025
Baru-baru ini isteri saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Aceh. Kami berangkat pada 21 Februari. Kami makan malam di restoren Mi Razali yang terkenal di Banda Aceh. Kemudian kami bersiar-siar di hadapan hotel yang kebetulan ada pasar ria. Besoknya kami ke Muzeum Tsunami. Lawatan ke muzeum ini sangat bermanfaat untuk melihat secara dekat tragedi tsunami pada 2004. Kemudian kami melawat bot di atas rumah di Lampulo.
Seterusnya saya diberitahu tentang makan Sheikh Abdul Rauf Assingkili. Biasanya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar. Akan tetapi penjaga makam yang mengambil gambar saya di dalam bangunan makam tersebut. Petangnya kami ke Pasar Aceh. Suasana di pasar tersebut agak lengang, barangkali bukan musim cuti. Saya meronda di sekitar pasar untuk melihat suasana.
Besoknya kami berangkat
ke Pulau Weh dengan menaiki kapal cepat.
Perlayaran mengambil masa tu jam.
Sesampai di Pelabuhan Balohan, kami menyewa sebuah kereta Toyota Veloz
dengan harga Rp300.000 atau sekitar
RM90. Kami terus ke resort yang ditempah
lebih awal iaitu Freddie’s Santai Sumur Tiga.
Penginapan tepi pantai ini sangat sesuai untuk pencinta laut dan alam
sekitar.
Petang itu saya memandu
ke titik paling hujung Pulau Sumatera.
Jalannya agak sempit. Akan tetapi
saya sangat teruja sampai ke Kilometer 0
Indonesia tersebut. Bilik penginapan
tidak ada pendingin hawa, cukup dengan membuka jendela dan membiarkan air laut
masuk di sepanjang malam.
Hari kedua di Pulau Weh,
kami memandu ke beberapa tempat yang menarik.
Sebenarnya hanya kawasan pantainya sahaja yang cantik. Pulau ini sangat asli sifatnya dan belum dicemari
dengan pembangunan. Yang menarik, saya
dapati banyak bunga cengkih dijemur di pinggir jalan. Rupa-rupa pulau ini terkenal dengan penghasilan
bunga cengkih.
Saya balik ke Banda
Aceh pada sebelah petang. Kami menginap
di kawasan yang banyak kedai oleh-oleh.
Malam itu kami membeli oleh-oleh kerana besoknya kami akan pulang ke
Kuala Lumpur. Kesimpulannya, lawatan ke
Banda Aceh sangat menarik. Aceh agak
berbeza daripada daerah Indonesia yang lain. Keadaan jalan kurang sesak.
Pengguna jalan raya juga berhemah. Suasananya tidak banyak beza dengan Malaysia
tetapi agak ketinggalan dari aspek infrastuktur. Orang Aceh sangat baik dan mesra dengan orang
luar. Harga makanan di Aceh murah, terutama
hasil lautnya.
Sabtu, Disember 14, 2024
TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024
Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta. Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel. Pada petangnya kami ke Thamrin City, kemudian ke Plaza Indonesia. Keadaan di Plaza sangat ramai pengunjung. Pasar ray aini merupakan sebuah pasar raya yang besar. Besoknya kami bercadang ke Monas tetapi ditutup kerana hari Isnin hari pembersihan. Kemudian kami ke PIK di Panchoran. Kami makan tengah hari di Restoran Pagi Sore yang sangat ramai pengunjung. Kemudian kami bersiar-siar di kawasan tepi Pantai buatan. Malangnya hari hujan telah menghalang kami menerokai kawasan tersebut dengan lebih banyak. Kami kemudian ke Tanah Abang, beli-belah di pusat grosir yang sangat besar. Kami balik ke hotel dan menerokai kawasan sekitar.
Besoknya, kami ke stesen Halim
untuk menaiki kereta api laju ke Bandung.
Tiketnya telah kami tempah secara dalam talian. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung hanya
memakan masa 40 minit sahaja. Kami turun
di stesen Padalarang kerana ada rakan yang menunggu kami di stesen
tersebut. Dari stesen kami dibawa ke
Dusun Bambu, satu kawasan wisata yang cantik. Selepas itu kami singgah di Floating
Market dan mendaftar masuk di hotel di kawasan tumpuan iaitu Braga. Kawasan ini sangat meriah terutamanya pada
waktu malam.
Pada keesokan harinya kami ke Kawah
Putih, Ciwidey. Sempat juga melihat kawasan ladang teh yang
sangat luas. Kami makan tengah hari di
sebuah restoren Sunda. Kemudian kami balik
untuk beli-belah di Pasar Baru,
Kartikasari dan outlet di sekitar. Malam
itu kami tidur awal kerana perlu bangun awal pagi untuk menaiki Panoramic Train
pagi esok.
Esoknya, kami berangkat ke Jakarta dengan kereta api panoramik seawal jam 5.25 pagi (6.25 waktu Malaysia). Perjalannya mengambil masa tiga jam. Pemandangan di sepanjang perjalanan sangatlah memukau. Pemandang gunung, Lembah, sawah, hutan sangat menarik. Sesampai di Jakarta, kami sempat ke Tanah Abang sekali lagi untuk beli-belah. Selepas itu barulah kami ke lapangan terbang untuk berangkat pada pukul 4.30 petang (5.30 waktu Malaysia).
Keseimpulannya, perjalanan secara mendadak ini m
emuaskan hati kami. Indonesia bijak memanfaatkan alamnya sebagai tarikan wisata ke sana. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati.
Khamis, Jun 20, 2024
Travelog Maldives Jun 2024
Seperti biasa saya kurang membuat perancangan apabila pergi melancong. Kali ini saya ke Maldives. Perancangannya tak sampai seminggu. Kami berangkat dengan penerbangan petang (6.45 ptg) dan sampai di Male jam 8.20 malam waktu tempatan. Hampir jam 10 kami pun mendaftar masuk ke hotel yang saya tempah lebih awal.
Kami menginap satu hari sahaja. Akan tetapi sangat memuaskan hati kerana suasananya yang damai dan cantik. Banyak aktiviti laut yang disediakan, namun bayaran untuk menyertainya agak tinggi dan dalam USD.
Secara keseluruhannya, percutian kami memuaskan. Tidak banyak yang dapat diterokai kerana kawasan pelancongan kebanyakan terletak di pulau-pulau. Belanja di sana agak mahal kerana negara ini menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan utama. Banyak cukai yang dikenakan terhadap pelancong.
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...